Showing posts with label Hiwar 'Am. Show all posts
Showing posts with label Hiwar 'Am. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

RENUNGAN BUAT PENCINTA SYURGA


Penulis: MOHD SHAHRIZAL NASIR
ISBN: 978-967-86-0390-4
Halaman: 288

"Mencari redha ILAHI itu tidak mudah,tapi itulah ujian buat kita semua. Sebagai tanda kita ini hamba-NYA, hati yang tunduk dan istiqamah itu perlu sepanjang masa. Hidup ini juga tidak lama, akhirat sana menjadi kampung abadi buat kita. Sebelum menutup mata, sempurnakanlah segala tuntutan agama agar kita diterima-NYA."

SYURGA itu destinasi impian setiap insan yang punya nikmat tidak terhingga. Kenikmatan ini tidak akan mampu dicapai indera… belum pernah dilihat dek mata, tidak pernah didengar dek telinga dan tiada pernah terdetik dek fikiran sesiapa pun. Indahnya syurga hanya layak untuk hamba yang menyerah diri pada-NYA.

Al-Jannah itu kurniaan ILAHI untuk para hamba-NYA yang beriman dan beramal soleh. Bersyukurlah jika hati cenderung pada-NYA, namun itu bukanlah tiket untuk kita alpa. Godaan dunia pasti menimpa… menarik kita agar lupa pada-NYA. Dan pada ketika itulah, kita sebenarnya dihujani ujian sebagai bukti keimanan.

RENUNGAN BUAT PENCINTA SYURGA menggarap pelbagai persoalan penting yang kita mungkin tanpa sengaja melupakannya. Selidiklah diri agar sentiasa tetap pada jalan-NYA. Berusahalah… moga setiap amalan yang kita lakukan, redha ALLAH jua menjadi jaminan ganjaran. Mudah-mudahan syurga itu milik kita.

Antara Kandungan Menarik:
• Kepentingan Masa Dalam Islam
• Persiapan Diri Menanti Hari Kiamat
• Manfaatkan Peluang Sayyidul Ayyam
• Memuliakan Tetamu Undang Rahmat
• Martabat Guru Setanding Para Ulama
• Hijrah Didik Umat Atur Strategi Hidup
• Bertunang Bukan Lesen Hubungan Bebas
• Redha Ibu Bapa Jamin Keberkatan Hidup
• Malas Berfikir Punca Umat Islam Mundur
Tunai Hak al-Quran Tanggungjawab Semua


Monday, November 14, 2011

Kecelaruan Terhadap Qissah al-Qur'an


Qissah merupakan salah satu daripada uslub al-Qur’an. Secara literal, perkataan “Qissah” membawa maksud “تتبع الأثر iaitu “menjejaki kesan”. Makna inilah yang dimaksudkan pada ayat 64 surah al-Kahf. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Nabi Musa berkata: ‘Itulah yang kita kehendaki’; mereka pun balik semula ke situ dengan menurut jejak mereka.” Dalam ayat tersebut, perkataan “qasas” diterjemahkan sebagai “jejak mereka”. Dari sini, kita dapat mengetahui bahawa terjemahan perkataan “qasas” ini mengambil makna literal perkataan “qissah” sepertimana yang dijelaskan tadi.
Menurut Manna’ al-Qattan dalam kitabnya Mabahith Fi ‘Ulum al-Qur’an, terdapat 3 jenis qissah dalam al-Qur’an, iaitu:
1. Qissah Para Nabi seperti qissah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan lain-lain.
2. Qissah Qur’ani seperti qissah Ashab al-Kahf, qissah Dzu al-Qarnayn, qissah Ashab al-Sabt dan Maryam dan lain-lain. Qissah jenis ini merupakan qissah yang berlaku sebelum kelahiran Rasulullah SAW.
3. Qissah Rasulullah seperti qissah perang Badr, qissah perang Uhud, qissah Hijrah dan lain-lain. Qissah jenis ini merupakan qissah yang berlaku sepanjang hayat Rasulullah SAW.
Perlu dijelaskan di sini bahawa qissah al-Qur’an ini tidak boleh sama sekali, dengan apa juga tujuan disama ertikan dengan “cerita”, sepertimana yang difahami oleh masyarakat Melayu. Cerita atau kisah yang difahami dalam dunia kesusasteraan Melayu sebagai salah satu bentuk seni adalah berbeza dengan maksud dan ciri-ciri “qissah” yang dirakamkan dalam al-Qur’an.
Beberapa ciri-ciri qissah al-Qur’an secara jelas menunjukkan ianya berbeza dengan pemahaman orang sastera Melayu tentang “cerita”. Jika kita fahami dengan cermat, qissah al-Qur’an bersifat benar. Dengan kata mudah, kesemua qissah al-Qur’an adalah satu qissah yang benar-benar berlaku pada satu ketika yang termaklum. Ianya bukan sama sekali kisah khayalan atau ciptaan. Inilah yang harus difahami dengan cermat oleh orang yang mendakwa al-Qur’an mengandungi atau sarat dengan “cerita”. Allah SWT menjelaskan perkara ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Kami qissahkan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” (Surah al-Kahf, ayat 13).
Berdasarkan penerangan ini, sekali lagi ditegaskan bahawa perkataan “cerita” tidak sesuai untuk membawa maksud perkataan “al-qissah” yang merujuk kepada qissah al-Qur’an.
Selain itu, jika kita dalami ciri-ciri “qissah al-Qur’an”, kita akan dapati bahawa qissah tersebut tidak bersifat terperinci. Malah pada sesetengah tempat, sesebuah qissah itu bertaburan dalam beberapa surah al-Qur’an. Terdapat juga potongan ayat al-Qur’an yang berkaitan sesebuah qissah diulang beberapa kali dalam beberapa tempat atau surah al-Qur’an. Justeru, apakah ciri-ciri ini menunjukkan al-Qur’an itu dipenuhi dengan qissah? Adakah perjalanan qissah menjadi keutamaan?
Pernahkah kita terfikir tentang hal ini?
Sudah pasti, terdapat tujuan tertentu daripada ciri-ciri qissah al-Qur’an. Inilah yang dinyatakan dalam banyak kitab-kitab perbincangan ‘Ulum al-Qur’an. Para ulama’ berpendapat bahawa qissah al-Qur’an itu bukan diwahyukan untuk tujuan hiburan, keseronokan atau dijadikan pembacaan pada waktu senggang dan lapang. Uslub Qissah dirakamkan dalam al-Qur’an adalah dengan tujuan yang jelas iaitu agar manusia mengambil pengajaran atau disebut sebagai “عبرة dalam bahasa Arab. Pengajaran inilah yang menjadi tujuan utama perakaman qissah dalam al-Qur’an dan bukan perjalanan qissah tersebut. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Demi sesungguhnya qissah mereka (para Nabi) itu mengandungi pengajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Qissah yang terkandung dalam al-Qur’an) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.” (Surah Yusuf, ayat 111).
Menerusi mafhum ayat di atas, tanpa ragu-ragu, kita dapat fahami bahawa qissah yang dirakamkan di dalam al-Qur’an itu mempunyai beberapa ciri penting. Antaranya:
1. Mengandungi ‘ibrah atau pengajaran.
2. Bukan cerita yang diada-adakan.
3. Mengesahkan sesuatu yang telah berlaku.
4. Menjelaskan sesuatu perkara (ada tujuan).
5. Menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
Inilah ciri-ciri qissah al-Qur’an yang dijelaskan dalam ayat 12, Surah Yusuf. Atas dasar inilah, saya menolak pandangan yang menyamakan perkataan “qissah” dengan “cerita” iaitu satu daripada bentuk seni dalam kesusasteraan Melayu. Sekiranya kita letak ke tepi ciri kelima seperti yang saya nyatakan di atas, adakah cerita yang kita fahami sekarang sama dari segi cirinya dengan qissah al-Qur’an (ciri 1-4)?
Justeru adalah sesuatu yang salah dan tersasar, sekiranya ada dalam kalangan masyarakat yang cuba memanfaatkan qissah al-Qur’an dalam penghasilan karya seni mereka dengan cara yang salah. Malah memanfaatkan istilahnya secara tidak cermat, juga boleh mengundang kesesatan.
Bagi mereka yang galak mengatakan al-Qur’an menggunakan kaedah penceritaan di dalamnya. Malah ada pihak yang tanpa cermat mengakui bahawa karya mereka menggunakan teknik “penceritaan” al-Qur’an. Di sini, ingin saya ajukan beberapa persoalan. Adakah hasil karya tersebut mengutamakan ‘ibrah? Adakah karya tersebut menjunjung kebenaran? Adakah karya tersebut menolak khayalan? Adakah karya tersebut bertujuan menjelaskan sesuatu perkara pokok?
Persoalan ini perlu dijawab oleh mereka yang membuat dakwaan tersebut.
Sebenarnya, kecelaruan pemahaman istilah “qissah” dalam dunia kesusasteraan Melayu ini harus diperbetulkan. Sekiranya masyarakat faham bahawa istilah “qissah” yang digunakan dalam al-Qur’an itu sama dengan makna “cerita”, maka ia merupakan satu kecelaruan yang nyata. Yang menjadi parah lagi, sekiranya keadaan ini membuka ruang kepada khalayak ramai khususnya para penulis yang celaru, lantas mendakwa karya mereka setanding dengan qissah al-Qur’an. Hal inilah yang menjadi kekhuatiran saya. Semakin ramai yang mendakwa karya mereka berkualiti kerana mengikut teknik al-Qur’an, sedangkan hakikatnya mereka berada dalam kecelaruan yang nyata tatkala menterjemahkan “qissah” sebagai “cerita”.
Tanpa disedari, kecelaruan ini telah merendahkan martabat al-Qur’an. Inilah yang dijelaskan secara terperinci oleh Dr. Zulkarnain Mohamed dalam makalahnya bertajuk “Al-Qur’an, Ilmu, Disiplin Islami Dan Sastera”. Makalah ini termuat dalam buku berjudul “Kedudukan Ilmu Dalam Kesusasteraan: Teori & Praktis” yang disunting oleh Prof. Dr. Ungku Maimunah Mohd Tahir. Menurut Dr. Zulkarnain, “adalah penting untuk menarik perhatian kepada implikasi pengabaian atau ceteknya fahaman i’jaz ini dalam konteks amalan sastera dewasa ini, khususnya dalam kalangan penulis kreatif dan juga pengkritik. Seperti yang telah dihujahkan, disiplin manusia tidak boleh dicampuradukkan dengan i’jaz al-Qur’an kerana ia bukan saja boleh memberi gambaran salah tentang al-Qur’an tetapi mengakibatkan berlakunya manipulasi al-Qur’an itu sendiri. Umpamanya, genre novel atau cerpen yang berasal dari Barat (atau apa juga genre yang tidak disandarkan kepada fahaman tauhid) tidak boleh dihubungkaitkan dengan surah Yusuf sebagai satu i’jaz atau cerita yang paling indah. Perbandingan kedua-duanya boleh membawa kepada penafsiran yang salah terhadap al-Qur’an.” (halaman 100).
Perkara yang dibangkitkan oleh Dr. Zulkarnain ini sangat jelas dan bagi saya, ianya terjadi berpunca daripada pemahaman sesetengah pihak yang salah membuat tafsiran yang mungkin disebabkan tujuan-tujuan tertentu. Dinukilkan oleh Manna’ al-Qattan dalam kitabnya Mabahith Fi ‘Ulum al-Qur’an, telah berlaku satu perdebatan hebat sekitar tahun 1367 Hijriyyah apabila seorang calon PhD di salah sebuah universiti di Mesir menulis tesis bertajuk “الفن القصصي في القرآن (Seni Qissah Di Dalam al-Qur’an). Perdebatan ilmiah tentang tajuk tesis ini berlaku kerana penilai tesis tersebut iaitu Prof. Dr. Ahmad Amin tidak bersetuju dengan tajuk dan isi kandungan tesis yang menyatakan bahawa al-Qur’an itu merupakan satu cabang seni, sepertimana yang diusahakan oleh para penulis karya seni (Sila rujuk kitab di halaman 282, cetakan ke-5, 1998, Beirut: Mu’assasah al-Risalah).
Inilah satu lagi keadaan yang mencelarukan apabila terdapat individu yang cuba mengkaji sesuatu tanpa ilmu yang benar. Usaha ini secara jelas merendahkan martabat al-Qur’an yang tidak boleh disamakan dengan seni karya manusia. Berdasarkan hujahan yang telah saya nyatakan dalam ruangan ini, sekali lagi saya menegaskan bahawa qissah al-Qur’an tidak boleh sama sekali disamakan dengan “cerita” sama ada dari segi isinya mahupun pemahaman makna dan ciri-cirinya.
Akhirnya, saya mengajak para pembaca agar sentiasa berhati-hati dalam menyatakan sesuatu perkara. Setiap perkara khususnya yang melibatkan al-Qur’an perlu dijelaskan secara berhemah (jelas dan tepat) agar maklumat itu tidak menyesatkan diri sendiri dan orang lain.


Friday, November 4, 2011

Ayuh! Kita Rebut Ganjaran Bulan Zulhijjah


Bagi umat Islam, Allah SWT menganugerahkan dua hari kebesaran untuk diraikan menurut ketetapan Syarak. Dua hari kebesaran tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Hari Raya Puasa (Eid al-Fitr) dan Hari Raya Haji atau juga disebut Hari Raya Korban (Eid al-Adha). Sebenarnya, kedua-dua hari raya ini merupakan antara nikmat Allah SWT yang diberikan kepada seluruh umat Islam agar mereka terus bersyukur dan membesarkan keagungan dan keesaan Allah SWT.
Jika dilihat dari sirah Rasulullah SAW, setelah Baginda berhijrah ke Madinah, penduduk Madinah pada ketika itu meraikan dua hari kebesaran mereka. Lalu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku datang kepada kamu sedangkan kamu memiliki dua hari yang kamu bersenang-senang pada hari tersebut. Allah telah menggantikan untuk kamu yang lebih daripada dua hari itu, iaitu Hari Raya Korban dan Hari Raya Puasa.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Nasa’i).
Kini kita telah memasuki bulan Zulhijjah, iaitu satu bulan yang memiliki kelebihan yang tersendiri. Kelebihan yang dimaksudkan di sini merujuk kepada hari kebesaran umat Islam yang akan disambut dalam bulan ini. Sepertimana yang diketahui umum, Hari Raya Korban (Eid al-Adha) jatuh pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Inilah yang dimaksudkan dengan kelebihan yang terdapat dalam bulan Zulhijjah.
Rasulullah SAW pernah menyatakan kelebihan bulan Zulhijjah berbanding bulan-bulan yang lain menerusi sebuah hadis yang bermaksud: “Dua bulan yang tidak memiliki kekurangan adalah bulan Ramadan dan Zulhijjah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jika difahami dengan lebih lanjut, kelebihan bulan Zulhijjah adalah pada 10 hari terawalnya. Ini berdasarkan beberapa dalil al-Quran dan hadis yang menjelaskan perkara ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Demi waktu fajar. Dan sepuluh malam.” (Surah al-Fajr, ayat 1-2). Menurut Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain, yang dimaksudkan dengan sepuluh malam dalam ayat tersebut ialah sepuluh malam atau sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah.
Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.” (Surah al-Hajj, ayat 28). Menurut Ibn Abbas, “hari-hari yang ditentukan” dalam ayat tersebut merujuk kepada sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah.
Rasulullah SAW juga bersabda bagi menjelaskan kelebihan 10 hari bulan Zulhijjah ini. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang sepuluh ini." Para sahabat bertanya: "Walaupun berjihad pada jalan Allah?" Rasulullah bersabda: "Walaupun berjihad pada jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid)." (Hadis riwayat al-Bukhari, Ahmad dan al-Tirmidzi).
Begitu besar ganjaran yang akan dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya yang memanfaatkan peluang beribadah pada 10 hari terawal bulan Zulhijjah. Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini (sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid." (Hadis riwayat Ahmad).
Berdasarkan beberapa dalil al-Qur'an dan hadis ini, jelas menunjukkan kepada kita tentang kelebihan bulan Zulhijjah, khususnya pada sepuluh hari terawalnya. Ditambah pula dengan kehadiran salah satu hari kebesaran umat Islam iaitu Hari Raya Korban. Adalah wajar untuk kita semua merebut peluang yang cukup berharga ini dengan menunaikan amal kebajikan semaksimum mungkin pada bulan ini.
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, di antara sebab-sebab keistimewaan sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah ini ialah kerana di dalamnya terhimpun beberapa ibadat yang besar iaitu: solat, puasa, sedekah dan haji. Pada bulan-bulan lain, ibadat- ibadat besar dalam Islam ini tidak pernah terhimpun secara serentak sepertimana yang berlaku pada bulan Zulhijjah.
Banyak amal kebajikan yang boleh kita lakukan di sepanjang sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah ini. Antaranya ialah dengan banyak berzikir atau mengingati Allah SWT. Inilah amalan yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah SAW dan para salaf al-salih pada sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah.
Sebenarnya, amalan berzikir atau sentiasa mengingati Allah SWT akan membawa banyak faedah kepada manusia khususnya dalam usaha mencapai ketenangan jiwa. Firman Allah SWT yang bermaksud: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang tenteram.” (Surah al-Ra’d, ayat 28).
Selain itu, kita juga dianjurkan untuk menunaikan ibadah puasa sunat terutama pada 9 Zulhijjah yang merupakan hari Arafah. Pada hari ini, umat Islam yang sedang melakukan ibadah haji, sedang berada di padang Arafah untuk menunaikan ibadah wukuf. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Berpuasa pada hari Arafah, aku mengharapkan daripada Allah untuk menghapuskan dosa selama setahun yang telah berlalu dan setahun yang akan datang.” (Hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, Ahmad dan Baihaqi).
Perlu diingatkan di sini, bahawa ibadah puasa sunat hari Arafah hanya disyariatkan untuk mereka yang tidak menunaikan ibadah haji. Manakala umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji, maka ianya bukanlah satu tuntutan kerana Rasulullah SAW tidak berpuasa ketika Baginda SAW sedang wukuf di Arafah. Selain itu, harus difahami bahawa, pada 10 Zulhijjah iaitu Hari Raya Korban (Eid al-Adha), umat Islam diharamkan untuk berpuasa. Di sinilah terpancarnya keindahan Islam yang tidak memaksa umatnya melakukan ibadah, ketika sebahagian besar umat Islam yang lain sedang bergembira meraikan hari kebesaran Islam.
Pada Hari Raya Korban yang jatuh pada bulan Zulhijjah, umat Islam dianjurkan untuk meraikan hari kebesaran ini menurut panduan yang telah digariskan oleh Islam. Hari kebesaran ini harus disambut sepertimana tatacara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Di antara perkara sunat yang boleh diamalkan pada hari raya ini ialah memperbanyakkan ucapan takbir, tahmid dan tahlil. Ucapan-ucapan ini adalah untuk menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah SWT dan mengiktiraf keagungan dan kebesaran-Nya. Berbeza dengan Hari Raya Puasa, pada Hari Raya Korban, umat Islam disunatkan melaungkan takbir selama empat hari iaitu pada 10 Zulhijjah dan juga pada hari-hari Tashriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Pada pagi Hari Raya Korban iaitu 10 Zulhijjah, umat Islam juga disunatkan untuk menunaikan solat sunat Eid al-Adha serta mendengar khutbah hari raya. Terdapat sedikit perbezaan dalam perlakuan Rasulullah SAW ketika Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban. Menurut Buraidah, “Rasulullah SAW tidak keluar (untuk solat Eid al-Fitr) sehingga Baginda makan, manakala pada Hari Raya Korban, Baginda tidak makan sehingga kembali dari solat, dan Baginda makan daripada sembelihannya.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Majah). Ini bermaksud, Rasulullah SAW tidak makan sebelum menunaikan solat sunat Eid al-Adha, dan Baginda SAW akan makan selepas menyempurnakan solat dan ibadah korban, serta makan daging korban tersebut.
Berkaitan dengan ibadah korban, umat Islam yang berkemampuan digalakkan untuk melaksanakan ibadah korban ini. Masa yang ditetapkan untuk melaksanakan ibadah ini ialah pada Hari Raya Korban iaitu 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tashriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Menyembelih binatang korban hanya boleh dilakukan setelah selesai solat hari raya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menyembelih korban sebelum solat, maka sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri. Sesiapa yang menyembelih sesudah solat dan dua khutbah, maka sesungguhnya sempurnalah ibadahnya dan tepatlah menurut sunnah orang-orang Islam." (Hadis riwayat al-Bukhari).
Demikianlah sedikit perkongsian ringkas tentang pemanfaatan peluang keemasan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita dalam bulan Zulhijjah. Sebagai umat Islam yang sentiasa mengharapkan rahmat dan keredaan Allah SWT, maka peluang ini tidak wajar dibiarkan berlalu begitu sahaja. Orang Islam yang beriman akan sentiasa berusaha merebut peluang yang diberikan oleh Allah SWT serta akan terus melaksanakan amal kebaikan pada waktu-waktu yang lain.
Sebenarnya, peluang yang diberikan oleh Allah SWT ini merupakan satu medan untuk mendidik jiwa dan mentarbiyah nafsu agar terus tunduk dan patuh kepada-Nya. Amal kebajikan yang kita lakukan pada bulan ini seperti memperbanyakkan zikir dan puasa, perlu diteruskan pada bulan-bulan yang lain kerana rahmat dan ganjaran Allah SWT itu amat luas bagi setiap hamba yang ikhlas beribadah kepada-Nya.
Firman Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.” (Surah al-Hajj, ayat 37)

Friday, September 9, 2011

ULASAN: Amalan Rumah Terbuka Di Bulan Syawwal





1. Majlis “Rumah Terbuka” yang diamalkan dalam masyarakat kita pada hari ini merupakan satu perkara baik yang wajar dipraktikkan bagi golongan yang berkemampuan. Amalan mulia ini, meskipun bukanlah satu syariat yang diwajibkan oleh Islam sempena Aidil-Fitri, namun jika ianya dilakukan menurut garis panduan umum syarak, maka inshaAllah ia boleh jadi satu ibadah yang menguntungkan pelakunya di akhirat kelak.


2. Jika dilihat dari sudut yang positif, majlis Rumah Terbuka menyediakan ruang yang luas bagi umat Islam untuk melakukan amalan yang dituntut oleh Islam. Amalan ziarah-menziarahi, menghubungkan tali silaturrahim sesama insan, bermaaf-maafan, dan menjamu para tetamu yang hadir, kesemuanya ini merupakan amalan yang dianjurkan oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Muslim apabila menziarahi saudara Muslimnya, maka dia sentiasa dalam khurfah syurga sehingga dia pulang”. Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah itu khurfah syurga?”. Jawab Baginda: “Memetik buahnya (dari syurga)”. (Hadis Riwayat Muslim).


3. Menjamu para tetamu dengan makanan yang terbaik merupakan amalan para Rasul. Hal ini sepertimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an ketika menceritakan perihal Nabi Ibrahim yang memuliakan tetamu yang bertandang ke rumahnya. Firman Allah yang bermaksud: “Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!’’, Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu!” (sambil berkata dalam hati): “Mereka ini orang-orang yang tidak dikenali.” Kemudian dia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: “Silakanlah makan.” (Surah al-Dzariyat, ayat 24-27).


4. Bagi saya, dalam keadaan masing-masing mengambil peluang untuk menziarahi saudara-mara dan rakan-taulan sempena Aidil-Fitri, maka mengadakan majlis Rumah Terbuka adalah kaedah terbaik untuk mengumpulkan saudara dan kenalan hadir ke rumah kita secara serentak. Keadaan ini dapat mengelakkan situasi di mana para sahabat yang berkunjung ke rumah, namun tidak dapat bertemu dengan kita kerana kita juga sibuk melakukan ziarah ke rumah orang lain. Faktor masa cuti yang terhad juga membataskan pergerakan kita untuk hadir ke rumah setiap daripada sahabat kita. Justeru, dengan adanya majlis Rumah Terbuka, ianya memberi peluang yang lebih besar untuk bertemu dengan sahabat handai dan jiran tetangga di hari raya.


5. Penganjuran majlis Rumah Terbuka juga memberi peluang kepada umat Islam untuk mempamerkan keindahan Islam yang menggalakkan setiap umatnya menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam. Islam tidak pernah melarang kita menjemput masyarakat bukan Islam untuk hadir ke majlis umat Islam dan menjalinkan hubungan baik dengan mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8).


6. Namun, dalam mengadakan majlis Rumah Terbuka ini, kita wajib menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang secara jelas dilarang oleh Allah SWT. Antaranya, janganlah majlis itu diadakan dengan tujuan untuk bermegah-megah dan bangga diri. Berlebih-lebihan dalam sambutan atau menunjuk-nunjuk dalam penganjuran keraian sehingga menjadi beban kepada diri sendiri dan keluarga adalah dilarang oleh Islam.


7. Selain itu, penganjur juga perlu bijak dalam menguruskan majlis agar tidak berlaku pembaziran. Pembaziran adalah perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’, ayat 26-27).


8. Majlis Rumah Terbuka juga mesti dijauhkan daripada menjadi medan pergaulan bebas antara para tetamu yang bukan mahramnya. Pergaulan bebas serta percampuran secara melampau antara lelaki dan perempuan boleh mengundang majlis yang asalnya untuk mendapat rahmat Allah SWT, boleh bertukar menjadi majlis yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Golongan hawa terutamanya, sama ada tuan rumah mahupun tetamu majlis Rumah Terbuka, wajib menjaga aurat mereka, sepertimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada... (mahram mereka)...” (Surah al-Nur, ayat 31).


9. Begitu juga dengan selingan hiburan di majlis Rumah Terbuka. Islam tidak sekali-kali menghalang umatnya untuk bergembira, selagi mana ia tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan syarak. Islam itu agama fitrah yang tidak sekali-kali bersifat jumud dan asing daripada fitrah manusia. Keharusan untuk bergembira di hari raya mencerminkan keindahan Islam di mata orang lain. Rasulullah SAW pernah menjelaskan hal ini dalam sabdanya yang bermaksud: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah.” (Hadis Riwayat Ahmad).


Dalam keadaan lain, Saidatina ‘Aishah berkata: “Rasulullah masuk ke rumahku (pada hari raya), dan ketika itu aku bersama dua budak perempuan yang sedang menyanyikan lagu peperangan Bu’ats. Baginda terus berbaring di atas tempat tidur sambil memalingkan wajahnya. Ketika Abu Bakar masuk ke rumahku, dia memarahiku dan berkata: “Pada pandangan Rasulullah, (nyanyian) itu adalah seruling syaitan.” Mendengar kata-kata itu maka Rasulullah menemui Abu Bakar dan berkata kepadanya: “Biarkanlah mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Namun, perlu difahami bahawa muzik atau nyanyian yang melalaikan serta penyanyi yang mendedahkan aurat semasa membuat persembahan di majlis Rumah Terbuka adalah dilarang.


10. Seperkara lagi yang perlu diingatkan dalam penganjuran majlis Rumah Terbuka ialah dari segi undangan tetamu yang hadir. Sewajarnya penganjur menjemput tetamunya yang terdiri daripada pelbagai peringkat atau taraf hidup, sama ada yang kaya, sederhana atau yang kurang berkemampuan. Penganjur tidak boleh “pilih bulu” dengan menjemput tetamu yang kaya dan ternama sahaja untuk hadir ke majlis Rumah Terbukanya. Hal ini dapat dikiaskan dengan penganjuran majlis walimah al-‘urs (undangan majlis kenduri kerana pernikahan). Rasulullah SAW melarang kita meminggirkan golongan kurang berkemampuan dalam majlis jamuan makan. Sewajarnya, golongan inilah yang diberi keutamaan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah, yang mana di dalam walimah tersebut tidak mengundang orang yang memerlukan (fakir), dan hanya mengundang orang yang tidak memerlukan (orang kaya)...” (Hadis Riwayat al-Bukhari).


11. Berkaitan dengan ibadah puasa sunat enam hari di bulan Syawwal, sememangnya ia adalah ibadah yang dituntut oleh Islam. Besar ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT bagi mereka yang berjaya menunaikan ibadah puasa sebulan Ramadan dan ditambah dengan berpuasa selama enam hari di bulan Syawwal. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa Ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawwal, pahalanya seperti puasa setahun”. (Hadis Riwayat Muslim).


Dalam merebut peluang keemasan ini, kita juga harus faham beberapa situasi, iaitu yang melibatkan amalan yang sunat, namun di sana ada keutamaan-keutamaan yang perlu diambil kira. Dalam hal ini, kita perlu bijak menyusun waktu agar pelaksanaan ibadah sunat yang kita lakukan menepati tuntutan keutamaan dalam Islam. Sekiranya, kita dijemput untuk menghadiri majlis makan seperti majlis Rumah Terbuka ini, seeloknya kita tidak berpuasa sunat pada ketika itu. Hal ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Sa’id al-Khudri, yang bermaksud: “Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah SAW. Maka Baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah SAW pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian Baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti (jika mahu).” (Hadis Riwayat al-Baihaqi).


Berdasarkan hadis ini, jelas kepada kita bahawa pelaksanaan ibadah sunat itu perlu dilakukan dengan ilmu, dan bukan dengan penilaian sendiri, agar ibadah tersebut menepati keutamaan yang digariskan oleh Islam.


12. Konklusinya, penganjuran majlis Rumah Terbuka sepertimana yang telah menjadi tradisi umat Islam di Malaysia adalah satu amalan yang baik dan wajar diteruskan. Namun, seperti yang telah saya jelaskan, ianya perlu dilakukan dengan mengambil kira beberapa perkara, agar penganjuran majlis ini diberkati oleh Allah SWT kerana menepati ketetapan syarak, serta jauh daripada perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT. Semoga dengan penganjuran majlis ini, silaturrahim umat Islam makin utuh, dan perkara inilah yang menjadi ciri-ciri orang yang beriman. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat maka hendaklah dia menyambung silaturahim.” (Hadis riwayat al-Bukhari).


Saturday, August 20, 2011

ULASAN: Malam al-Qadr (Lailatul Qadr) Lebih Baik Daripada Seribu Bulan


1. Malam al-Qadr (Lailatul Qadr) adalah satu malam yang istimewa dalam bulan Ramadan. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. 

Allah SWT menghamparkan keberkatan dan keampunan kepada umat Islam yang ikhlas beribadah kepada-Nya pada malam tersebut. 

Allah SWT menjelaskan perihal malam al-Qadr ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Qur’an) ini pada malam al-Qadr. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 1-3).

Daripada ayat-ayat ini, dapat difahami bahawa al-Qur’an diturunkan pada malam al-Qadr. Timbul persoalan, bagaimana al-Qur’an diturunkan pada satu malam secara sekaligus, sedangkan Rasulullah menerima wahyu al-Qur’an secara berperingkat selama 23 tahun. Maka penjelasan perlu diberikan bagi menghurai perkara ini. 

Yang dimaksudkan dengan al-Qur’an turun pada malam al-Qadr secara sekaligus adalah penurunan al-Qur’an daripada Luh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah iaitu yang terletak di langat dunia. Kemudian al-Qur’an diturunkan secara berperingkat dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah SAW selama 23 tahun.

2. Waktu sebenar berlakunya malam al-Qadr ini menjadi satu rahsia daripada rahsia-rahsia Allah SWT. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi menjelaskan bahawa, mungkin antara tujuan malam al-Qadr ini dirahsiakan adalah agar umat Islam bersungguh-sungguh beribadah kepada Allah SWT dan berusaha sedaya mungkin untuk memperolehinya.

Namun terdapat beberapa hadis yang memberi maklumat tentang waktu berlakunya malam al-Qadr. Antaranya:

- “Carilah malam al-Qadr pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

- “Carilah pada 10 hari terakhir, jika tidak mampu maka janganlah sampai terluput 7 hari yang selebihnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

- “Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah pada malam 29, 27 dan 25.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Walaupun terdapat beberapa hadis yang menyatakan perihal malam al-Qadr, kesemuanya tidak bercanggah antara satu sama lain. Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, persediaan harus dilipat-gandakan pada 10 malam terakhir bulan Ramadan.



3. Rasulullah SAW sendiri berusaha mencari malam al-Qadr, dan memenuhi malam-malam terakhir Baginda SAW dengan amal ibadah. Dalam sebuah hadis, dinyatakan hal ini, maksudnya: “Apabila masuk 10 terakhir bulan Ramadan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya, dan mengetatkan kainnya (tidak bersama isteri kerana sibuk dengan amal ibadah).” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Adalah lebih utama untuk kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW untuk mempersiapkan diri sebelum tiba 10 malam terakhir Ramadan ini dan mencari malam al-Qadr tersebut.

4. Terdapat juga tanda-tanda yang menunjukkan berlakunya malam al-Qadr. Ia sepertimana maksud hadis Rasulullah SAW: “Pada pagi (setelah) malam al-Qadr, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinaran terik), seakan-akan ia bejana, sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim).

Jika diteliti hadis ini, ia menggambarkan situasi selepas berlakunya malam al-Qadr. Justeru, hadis ini tidak boleh menjadi panduan bagi umat Islam untuk mencari malam al-Qadr, kerana ianya menjelaskan keadaan selepas malam al-Qadr.

Mungkin terdapat segelintir daripada umat Islam yang diperlihatkan tanda-tanda ganjil pada malam tersebut. Namun, tanda-tanda ini tidak boleh digunakan oleh orang umum sebagai panduan mencari malam al-Qadr. Kemungkinan bagi orang yang melihatnya, Allah sedang menyingkap hijab-Nya untuk beliau. 

Sekali lagi ditegaskan bahawa tiada nas yang menjelaskan perkara-perkara aneh seperti pokok sujud dan air menjadi beku pada malam al-Qadr, dan seharusnya ia tidak disebarkan kepada orang lain.

5. Apakah perkara utama yang perlu difokuskan oleh setiap umat Islam pada malam al-Qadr? Jawapannya adalah untuk kita memohon keampunan-Nya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hal ini juga sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ketika Saidatina ‘Aisyah bertanya kepada Baginda SAW: “Wahai Rasulullah, apa pandanganmu jika aku mengetahui malam yang mana berlakunya malam Qadr, apakah yang perlu aku ucapkan pada malam itu?” Rasulullah SAW menjawab: “Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka kepada pengampunan, maka ampunilah aku.”

Kedua-dua hadis ini secara jelas menunjukkan bahawa kita hendaklah memperbanyakkan memohon keampunan daripada Allah SWT pada malam yang penuh dengan keberkatan-Nya itu. Selain itu kita juga perlu memohon kepada Allah SWT agar kita diberikan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

6. Perlu dijelaskan di sini juga tentang pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa waktu yang berharga untuk memohon keampunan pada malam al-Qadr itu hanya seketika sahaja, hanya beberapa saat atau minit sahaja. Pendapat ini harus diperbetulkan kerana secara jelas Allah SWT menyatakan bahawa keberkatan malam al-Qadr itu adalah sepanjang malam sehingga terbit fajar keesokannya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” (Surah al-Qadr, ayat 5)

7. Seperkara lagi yang perlu menjadi ingatan semua ialah berkaitan amal ibadah pada malam al-Qadr. Sewajarnya, umat Islam tidak menyempitkan erti “amal ibadah” dalam Islam. Malam al-Qadr tidak semestinya dipenuhi dengan ibadah-ibadah khusus semata-mata. 

Sebenarnya, apa juga amal baik yang dilakukan oleh umat Islam pada malam tersebut, akan dinilai oleh Allah SWT. Penuhilah masa 10 malam terakhir Ramadan dengan amal-amal baik seperti bercakap benar, membantu dan menghormati orang tua, bermaaf-maafan, menjamu sahabat makan sahur, malah sekalipun dengan mengukir senyuman sesama Muslim. Allah berfirman di dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebaikan sebarat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya).” (Surah al-Zalzalah, ayat 7).

8. Yang penting untuk difahami, sekiranya kita tidak mampu untuk melakukan amal ibadah lebih pada malam al-Qadr tersebut, janganlah pula sesekali kita melakukan maksiat. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tidur pada malam al-Qadr adalah lebih baik daripada melakukan maksiat di saat yang penuh keberkatan itu.


Wednesday, August 17, 2011

ULASAN: Nuzul Al-Qur'an (Penurunan al-Qur'an)


Beberapa hari lagi kebanyakan daripada kita akan bercuti sempena memperingati hari Nuzul al-Qur'an (Penurunan al-Qur'an). Namun terdapat beberapa perkara yang perlu dijelaskan berkaitan Nuzul al-Qur'an ini.


1. Perlu difahami bahawa penurunan al-Qur'an melalui beberapa peringkat. Sepertimana yang diketahui umum, al-Qur'an yang merupakan titah perintah Allah SWT, pada awalnya, termaktub di Lauh Mahfuz. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Bahkan ialah al-Qur'an yang tertinggi kemuliaannya. (Yang terdapat) pada Lauh Mahfuz." (Surah al-Buruj, ayat 21-22)



2. Penurunan al-Qur'an yang pertama ialah daripada Lauh Mahfuz ke Bait al-'Izzah yang terletak di langit dunia. Penurunan ini berlaku secara sekaligus. Inilah yang dijelaskan oleh Allah SWT bahawa al-Qur'an itu diturunkan pada malam yang diberkati iaitu malam al-Qadr.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an pada malam al-Qadr. Tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Rabb mereka (untuk mengatur) segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah al-Qadr, ayat 1-5)

Firman Allah SWT lagi dalam ayat lain, yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Dukhan, ayat 3-6)

Menerusi ayat-ayat al-Qur'an di atas, jelaslah bahawa yang dimaksudkan bahawa al-Qur'an itu diturunkan pada satu malam iaitu malam al-Qadr adalah merujuk kepada penurunan al-Qur'an secara sekaligus daripada Lauh Mahfuz ke Bait al-'Izzah.

3. Manakala penurunan al-Qur'an pada peringkat kedua adalah penurunan ayat-ayat al-Qur'an dari Bait al-'Izzah kepada Rasulullah SAW secara berperingkat-peringkat, yang mengambil masa selama 23 tahun. Penurunan ayat al-Qur'an secara berperingkat ini berlaku dengan izin Allah SWT serta berkaitan dengan situasi-situasi tertentu, atau bagi menjawab persoalan-persoalan yang timbul pada ketika itu. Perkara inilah yang disebut Sabab Nuzul al-Qur'an (Sebab Penurunan al-Qur'an).

Penurunan al-Qur'an secara berperingkat ini memberi faedah kepada Rasulullah SAW dan para sahabat untuk memahami secara mendalam setiap ayat al-Qur'an yang diturunkan. Maha Mengetahui Allah SWT yang tahu tentang sifat semulajadi manusia yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan peraturan "baru", yang menyalahi tabiat mereka sebelum kedatangan Islam.

Sebagai contoh, pengharaman arak dilakukan secara berperingkat-peringkat menerusi penurunan ayat-ayat al-Qur'an yang berkaitan dengan larangan minum arak secara berperingkat.

Seperti yang diketahui umum, wahyu al-Qur'an pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah ayat 1-5 Surah al-'Alaq. Majoriti ulama' berpendapat bahawa penurunan wahyu pertama pada peringkat ini adalah pada 17 Ramadan, dan tarikh inilah yang kita ingati pada hari ini. Iaitu Nuzul al-Qur'an (Penurunan al-Qur'an) pada peringkat kedua.


Al-Quran itu amat istimewa. Meskipun kita dituntut untuk memahami isi kandungan al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup, membaca al-Quran tidak kurang pentingnya. Membaca al-Quran juga dikira sebagai ibadah yang pahalanya amat istimewa. Sesiapa yang membaca al-Quran, maka akan dianugerahkan pahala berlipat ganda pada setiap huruf yang dibaca sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Hadis riwayat al-Tirmizi). Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka dia akan mendapatkan satu kebajikan dan setiap kebajikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda.” (Hadis riwayat al-Tirmizi). 

Semoga kita semua terus berpegang kepada isi al-Qur'an. Ini yang utama. Namun, terdapat sesetengah orang yang menekankan perkara ini dan memperkecilkan perbuatan orang lain yang sekadar membaca al-Qur'an. Perlu kita ingat, bahawa membaca al-Qur'an juga ada nilainya di sisi Allah SWT. Bahkan amal ibadah ini (membaca al-Qur'an) dianjurkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.

Selamat meneruskan kehidupan sebagai seorang Muslim yang beriman di bulan Ramadan yang hanya berbaki beberapa hari lagi.

Allah al-Musta'an.





Wednesday, July 13, 2011

Salam Ramadan al-Mubarak


Kurang daripada sebulan, umat Islam di seluruh pelusuk dunia bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak. Satu bulan agung yang dijanjikan "tawaran" hebat oleh Allah SWT.

Begitulah istimewanya umat Islam, berbanding umat-umat terdahulu. Jika umat terdahulu dianugerahkan oleh Allah SWT dengan usia yang panjang hingga mencapai beratus tahun, tetapi umat Muhammad SAW tidak dianugerahkan nikmat seperti itu, namun digantikan dengan nikmat lain yang sebenarnya jauh lebih besar nilainya.


Maha agung kebesaran Allah SWT yang sentiasa adil dan tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

Jika kita renung sejenak, betapa hari-hari Ramadan yang kita lalui sebelum ini, berlalu dengan pantas meninggalkan kita. Kini, kita bakal menemuinya sekali lagi, inshaAllah.


Persoalannya, adakah amalan ibadah yang telah kita lakukan sebelum ini diterima oleh Allah SWT? Adakah puasa kita, solat malam kita, sedekah kita, zikir kita, bacaan al-Quran dan lain-lain itu, diterima oleh Allah SWT? Hanya pengharapan dan baik sangka harus kita letak dan serahkan kepada Allah SWT, moga semuanya diterima Allah SWT.

Apalah sangat kesemua amalan itu, jika kita bandingkan dengan nikmat hidup yang telah kita perolehi selama ini. Mungkin kesemua amalan itu, tidak sedikit pun boleh membalas satu sedutan nafas yang kita nikmati.


Hakikatnya, rahmat Allah SWT yang membantu semua urusan kita agar dipermudahkan oleh Allah SWT. Ibadah yang kita lakukan, tidak sekali-kali mewajibkan Allah SWT untuk memasukkan kita ke dalam syurga-Nya. Rahmat Allah SWT jua yang kita dambarkan.

Suasana Ramadan sememangnya indah. Seluruh umat Islam menahan lapar, dahaga pada waktu siangnya, serta berlumba-lumba melakukan ibadah sunat pada malamnya. Tak kira tua, muda, kanak-kanak kecil, masing-masing menunaikan perintah Allah SWT dengan rasa syukur dan mengharapkan keredhaan-Nya.

Tidak dapat dinafikan, masih ramai umat Islam yang gagal menunaikan perintah Allah SWT ini, malah mereka tidak segan silu memperlihatkan keingkaran mereka atas perintah Allah SWT itu.

Kita sesungguhnya, perlu bersyukur dan terus memohon daripada Allah SWT, agar tidak digolongkan dalam golongan hamba-Nya yang sedemikian.


Tiada sesiapa yang boleh memberi jaminan, jika kita "baik" hari ini, maka esok juga kita akan jadi baik. Hati manusia itu boleh berubah-ubah. Iman kita juga boleh jadi meningkat dan menurun.

Amat malang bagi kita, sekiranya iman dan kebaikan itu hanya singgah sebentar dalam diri kita, lantas ditarik nikmat itu oleh Allah SWT atas sebab-sebab tertentu.
Rasulullah SAW menganjurkan doa ini agar dibaca oleh umatnya:



اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِّي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِيْ ، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِيْ ، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِيْ ، وَاجْعَلْ الحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيرٍ ، وَاجْعَلْ المَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ



Maksudnya: “Ya Allah, perelokkanlah untukku akan agamaku yang mana ia adalah peganganku, dan perelokkanlah untukku duniaku yang mana di dalamnya adalah kehidupanku, dan juga perelokkanlah akhiratku yang mana di dalamnya itulah tempat kembaliku, dan jadikanlah hidup ini sebagai tambahan bagiku dalam segala kebaikan, dan jadikanlah kematian itu sebagai ketenangan untukku daripada segala keburukan.” (Hadis riwayat Muslim)



Marilah sama-sama kita berdoa agar seluruh umat Islam berjaya melaksanakan setiap perintah Allah SWT dengan sesempurna mungkin. Semoga Allah SWT terus menetapkan hati kita, kekal dalam keadaan beriman kepada-Nya.

Sementara masih berbaki beberapa hari lagi sebelum tibanya Ramadan, marilah sama-sama kita mempersiapkan diri secukupnya dengan "ilmu" yang benar tentang ibadah puasa.


Ibadah puasa adalah salah satu ibadah khusus yang perlu dilaksanakan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya melalui al-Qur'an dan al-Hadith.

Ibadah khusus seperti ini, tidak boleh kita tunaikan secara ikut-ikutan, kerana mungkin apa yang kita ikut itu tidak bertepatan dengan hal yang sebenarnya.


Peruntukanlah sedikit daripada masa kita untuk menghadiri majlis ilmu, membaca buku, serta bertanya dengan para alim tentang ibadah puasa ini.

Semoga kita sempat menemui Ramadan pada kali ini serta berjaya melaksanakan tuntutan Ramadan dengan sebaiknya.


Salam Ramadan dari saya.


Sunday, June 5, 2011

Food For Thought Academic Authorship: A Growing Trend Towards Gift Authorship



Dr. Vikneswaran Nair
Associate Professor / Director, Research & Development
Taylor’s University



“Publish or perish” or in a positive tone, “publish and flourish” refers to the pressure to publish work constantly to gain peer recognition or sustain a career in academia. A published paper is the culmination of a finished research project or other scholarly activity in recorded form. In most universities around the globe, there is increasing pressure on scholars to publish new work frequently as high impact publications. It is in fact, the single most important key to advancing individual research careers.

Hence, it is also one of the primary sources of academic authorship conflict and fraud. This age-old issue of “academic authorship” has been debated in many forums yet the prevalence of very dubious claims to authorship continues. Universities and research institutions very often neither possesses the resources nor the time to investigate, which is a lengthy process, when complaints by aggrieved parties emerge and are brought to their attention. Who constitutes an author? This seemingly simple question is fraught with conflicting answers in its application particularly in a university setting when authors can emerge from several different situations coming into play.

Authorship is the most visible form of academic recognition and credit. However, because credit for publication is also important in disputes and allegations of research misconduct, it is worth considering why authorship credit is more than a matter of personal gratification. How do we decide then, who can be rightfully termed as an author particularly when promotions are based on the quantity of high impact publications emanating from an individual academic? Admittedly, it is quite difficult to gauge the quality of books but scientific articles published in high-impact journals are assumed to be of a certain desired quality because articles published in most journals go through a stringent process of reviewing and editing.

According to seasoned publisher, Ms. Sumangala Pillai who is currently the Head of Taylor’s Press, and was previously the Head of UPM Press and the Head of Knowledge Management in MIROS, there may be many different situations that may or may not be conducive for academic authorship. Can the academics in the following scenarios claim authorship?

1. The academic who carries out research, writes the report according to scientific conventions of reporting and sends it off to a publisher for publication consideration.
Yes, he/she can be rightfully termed an author.

2. The academic who carries out part of the research and assigns a part to a junior colleague who does some of the work and writing of that part of the report. Can the first academic claim sole authorship?
No, this is unethical and this report has to have two authors.

3. A senior professor who comes up with an idea, plans the chapters, gets the funds and gathers junior staff around him to write a manuscript. Can he claim authorship?
Yes, with the proviso that he checks the work and ensures coherence, cohesion, continuity and clarity. But he has to be magnanimous enough to place himself as the last author.

4. A senior academic who works on a manuscript with a junior colleague and then accords co-authorship to another senior colleague.
This is a serious breach of academic integrity and the aggrieved party can lodge a formal complaint to the university authority in charge of academic affairs.

5. The lab assistant who patiently carries out the experiment over several months in a row, come rain or shine, based on the instructions of the academic. Can he be considered as one of the authors?
No, his place is in the acknowledgements.

6. The dean or head of department in a university who has not made any contribution to the report or in planning or carrying out the experiment or in writing the manuscript. Can he claim authorship or be placed as the last author?
No, it is unethical. If he insists, he is guilty of a serious breach of academic integrity and university authorities must not take a benign view of such unhealthy developments among the academic community, if it is brought to their attention.

7. A senior lecturer who hires an undergraduate who faithfully downloads material from all possible sources on the subject and gives it some semblance of a manuscript.
No, neither the lecturer nor the research assistant is entitled to being an author. No, even the report does not merit the status of a manuscript!

Despite a clear definition of authorship, the concept has come to be understood differently; very often leading to disputes, misunderstandings, and lingering feelings of unfairness concerning which contributions do and do not merit authorship. The publication number game in the academia has resulted in “tag-teams” of authorship for publications. As a result you have many “ghost” authors who are riding on the lead researcher. Author status has been awarded to many who are not able to defend the contents of a manuscript!

There are already some journals that have resorted to resolving issues of authorship ambiguity by adopting a mandatory convention wherein each author’s actual contributions are succinctly and explicitly stated in the publication, perhaps in the acknowledgments section. Authors are asked to fill out a form stating the extent of contribution from each author in the preparation of an article or manuscript, e.g. Author 1- 30%; Author 2 - 40%; Author 3 - 30%. Such a form is also extremely useful when calculating the quantum of royalties payable to each author (for book publications) and in gauging output of academics being considered for promotion.

The publication numbers game in the academia has resulted in “tag-teams” of authorship for publications. For example, Dr. X, Dr. Y and Dr. Z may be working together in three publications with Dr. X as the lead author in one publication and joint author in the other two. The same goes to Dr. Y and Dr. Z. Hence, each one of the researchers only needs to focus on one publication and in return he or she gets three publications to his/her credit. It is a good model provided that all the three projects are working in a field that is relevant to all three authors. Unfortunately, that is not the case in many co-authored publications. It has become a numbers’ game which is critical for promotions. As a result you have many “ghost” authors who are riding on the lead researcher.

The most extreme practice is “honorary authorship” or “gift authorship” where, for example, a head of a department is automatically granted authorship on all papers that emanate from that department. In some cases the research supervisor is made the first author in all students’ publications. In terms of academic integrity, research studies that have some support from the supervisors or heads of departments can be captured in the acknowledgement section of the publication and need not be accorded co-authorship. Let us not give a dubious definition to academic authorship. Authorship is a serious issue that comes with responsibilities. The overriding aim of authors should be to contribute to the corpus of knowledge rather than chalking up numbers.

This unethical practice in the academia needs to be checked before it becomes an acceptable culture. Researchers who are unable to defend a particular publication, not wholly but at least partly, cannot be regarded as a co-author. The concept of translational research must be emphasized more that doing research for the sake of promotion.

Hence the target set by the Ministry of Higher Education in the Malaysian Research Assessment Instrument (MyRA) which is very much Key Performance Index (KPI) driven whereby the quantity of high impact indexed articles are valued more than the Key Intangible Performance (KIP), has to be relooked if we want to discourage these unethical ways of achieving the KPI.

Universiti Sains Malaysia (USM) is one university that has been emphasizing the concept of translational research which supports the KIP more than doing research for purely promotional purposes. Let us hope that a greater focus on KIP gains momentum in all the public and private universities in Malaysia. Only then we can be proud of our research output in contributing towards the knowledge economy and our move up the value chain.