Showing posts with label Iklan Ham. Show all posts
Showing posts with label Iklan Ham. Show all posts

Saturday, May 18, 2013

Buku Terbaru Prof. Dr. Ungku Maimunah Mohd Tahir

(I) Islam, Feminisme Barat dan Sastera  Melayu


Penulis: Ungku Maimunah Mohd Tahir & Zulkarnain Mohamed
Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia
Harga: RM35.00

Buku ini menjurus kepada persoalan yang sering mendapat perhatian dalam medan kesusasteraan iaitu wanita serta pemerihalan dan penampilannya dalam karya kreatif.  Dalam konteks sastera Melayu, persoalan ini perlu berdepan dengan tiga unsur penting iaitu perspektif Islam, budaya Melayu dan teori Barat khususnya feminisme, yang terakhir  selaku kerangka analisis yang kerap menjadi pilihan penulis kreatif dan juga  pengkritik. Sejauh manakah persoalan tersebut telah ditangani dengan adil dan saksama, sesuai dengan pengungkapannya dalam karya kreatif dan kritikan yang berlatarkan budaya dan akal budi  Melayu-Islam?  Atau, adakah persoalan tersebut dikesampingkan sebagai tidak relevan kerana budaya Melayu dan agama Islam dianggap sedia tertanam secara tersirat dalam tulisan yang terhasil?   Buku ini mengetengahkan perbincangan mendalam daripada perspektif Islam dan juga feminisme Barat agar keduanya dapat dihayati serentak untuk membolehkan kita menjawab dengan objektif dan tepat satu soalan penting, relevan dan serius, yang memang wajar diajukan:  benarkah sastera dan kritikan kita telah diperkayakan secara berhikmah dan bijaksana dengan penerapan idea-idea feminisme Barat?


(II) Gender dalam Sastera Melayu


Penyunting: Ungku Maimunah Mohd Tahir 
Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia
Harga: RM38.00

Dalam sastera Melayu, perspektif gender yang datang bersama fahaman feminisme Barat serta teori sastera feminis cetusannya itu, dengan cepat menarik perhatian kepada aspek pemerihalan wanita dalam karya sastera serta isu gender yang berkaitan dengannya.  Soal pembentukan identiti wanita, peranan dan fungsinya, ruang yang diperuntukkan baginya, keberdayaan yang dinafikan atau diberikan kepadanya,  sifat pemberontak atau penurut yang difikirkan sesuai baginya sering merupakan antara tumpuan garapan penulis kreatif di satu pihak dan tumpuan analisis para pengkritik di pihak yang lain. Berlatarbelakangkan konteks Melayu-Islam,  adakah pemerihalan, lakaran serta pemaparan wanita Melayu oleh penulis kreatif  peka terhadap  tuntutan agama dan budaya tempatan; dan adakah pengkritik sastera membedah siasat pemerihalan dan pemaparan tersebut  sewajarnya, juga bertunjangkan tuntutan agama dan budaya Melayu-Islam?  Koleksi lapan buah makalah dalam buku ini, yang menganalisis pelbagai genre dari sastera ‘tradisional’ ke sastera ‘moden’ dan juga  fiksyen sains, menyerlahkan bagaimana dan sejauh mana soalan tersebut ditangani.

***************
 
UNGKU MAIMUNAH MOHD. TAHIR, PhD, Profesor dan Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mengkhusus dalam bidang Kritikan Sastera, Teori Sastera, Teori Kritikan dan Sastera Bandingan, dengan penekanan kepada anjakan baru dalam kritikan sastera Melayu, khususnya melalui Gagasan Persuratan Baru.

ZULKARNAIN MOHAMED, PhD, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mengkhusus dalam bidang Sastera Islam Bandingan yang merangkumi sastera Arab, Melayu, Indonesia dan isu-isu dalam Kesusasteraan Arab Moden, dengan penekanan kepada batasan bercereka menurut akidah Islamiah.

Friday, January 7, 2011



INTERNATIONAL CONFERENCE ON ARABIC STUDIES
CALL FOR PAPER. Organizer : Faculty of Arabic Language and Islamic Civilization, Sultan Sharif Ali Islamic University (UNISSA), Brunei Darussalam.
Date : 9 - 10 March 2011.

Saturday, October 9, 2010

Continuous Assessment Marks (CAM) Result For CCHB 1011-Section 4, 5 & 6


Section 4 [Click on the image to enlarge]


Section 5 [Click on the image to enlarge]

Section 6 [Click on the image to enlarge]



Assalamualaikum w.r.t w.k.t


Dear All My Students (CCHB 1011)- Section 4, 5 & 6 :
  1. The total Continuous Assessment Marks (CAM) Result is 80% and another 20% is for your final exam paper.

  2. You are advised to check your seat number at CCAC general office before final exam day (23 Oct 2010-Saturday).

  3. You may contact me if there is wrong culculation in your mark.

  4. Wish you all the best in your coming final exams! Do the best as you are! May Allah SWT always guide us.

اللهم افتح عليكم



Wednesday, March 17, 2010

Seating Arrangement For Final Exam [CCHB 1011, Section 10, 11 & 12]






SUBJECT : STUDY CIRCLE 1
COURSE CODE : CCHB 1011
SECTION : 10, 11 & 12
DATE : 20 MARCH 2010
DAY : SATURDAY
TIME : 9.00 A.M - 9.30 A.M
VENUE : MAIN HALL, CAC




Wednesday, March 10, 2010

Continuous Assessment Marks (CAM) Result For CCHB 1011-Section 10 & 12.

CCHB 1011, Section 12

CCHB 1011, Section 10


Assalamualaikum w.r.t w.k.t


Dear All My Students (CCHB 1011)- Section 10 & 12 :
  1. The total Continuous Assessment Marks (CAM) Result is 80% and another 20% is for your final exam paper.
  2. You are advised to check your seat number at CCAC general office before final exam day (20 March 2010-Saturday).
  3. You may see me if there is wrong culculation in your mark.
  4. Wish you all the best in your coming final exams! Do the best as you are! May Allah SWT always guide us.

اللهم افتح عليكم

Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor Mangkat Pada 22 Januari 2010


Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam, 22 Januari 2010 di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.
Semoga roh Al-Marhum Sultan Iskandar ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman....amin!

Wednesday, November 18, 2009

Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu X (UKM)



Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu X

"Kesusasteraan Melayu Dalam Rentas-Ilmu"

TARIKH : 18-19 NOV 2009

Fakulti Sains Sosial Dan KemanusiaanUniversiti Kebangaan Malaysia

Maklumat Lanjut:
Sekretariat SAKM X
Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi,Selangor DE,Malaysia

603 89215288 (Dr. Mawar Shafei)
603 89215573 (Prof Madya Dr Misran Rokimin)

Monday, November 2, 2009

Selamat Maju Jaya!



Kepada Semua Sahabat & Pelajar Saya Di UIAM
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Sem 1, 2009/2010
Moga Kalian Diberi Kesihatan, Ketenangan & Kemudahan
Sepanjang Hari-Hari Peperiksaan Bermula Pada
4 November 2009 Hingga 19 November 2009
Usaha + Doa + Tawakkal = An-Najah!

Monday, October 26, 2009

Tuanku Muhriz ditabal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11

Semoga Baginda diberi petunjuk Ilahi dalam mentadbir Negeri Sembilan Darul Khusus. Sama-sama berdoa agar Negeri Sembilan serta Malaysia seluruhnya sentiasa dilimpahi keberkatan & rahmat Allah S.W.T


Friday, October 2, 2009

Continuous Assessment Result For CCHB 1011-Section 6.


Assalamualaikum w.r.t w.k.t
Dear All My Students (CCHB 1011)- Section 6:-
  • The total Continuous Assessment Result (CAM) is 80% and another 20% is for your final exam paper.
  • You are advised to check your seat number at CCAC general office before final exam day (1 November 2009-Sunday).
  • You may see me if there is wrong culculation in your mark.
  • Wish all the best to all of you for your coming final exam!

اللهم افتح عليكم

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Eid Al-Fitr!


Dengan rasa rendah hati, saya Mohd Shahrizal Nasir ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eid Al-Fitr kepada semua rakan-rakan dan juga pengunjung blog ini. Semoga sepanjang hari raya ini, kita semua dapat mengaplikasikan semua tarbiyah Ramadan yang telah kita lalui sepanjang bulan lepas. Moga semua amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.
...Kullu Sanah Wa Antum Toyyibun...

Monday, July 13, 2009

Tuanku Nur Zahirah Dimasyhur Canselor Pertama UDM


DYMM Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah akan dimasyhurkan sebagai Canselor pertama Universiti Darul Iman (UDM) dalam satu istiadat di universiti itu pada 13 Julai 2009. Pemasyhuran itu akan dibuat semasa majlis konvokesyen pertama UDM pada 14 hingga 16 Julai 2009. Seramai 3,284 pelajar yang menamatkan pengajian mereka sejak pertengahan 2007 akan menyertai majlis konvokesyen yang julung kalinya diadakan itu. Tuanku Nur Zahirah juga merupakan Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT).