Monday, October 26, 2009

Tuanku Muhriz ditabal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11

Semoga Baginda diberi petunjuk Ilahi dalam mentadbir Negeri Sembilan Darul Khusus. Sama-sama berdoa agar Negeri Sembilan serta Malaysia seluruhnya sentiasa dilimpahi keberkatan & rahmat Allah S.W.T


Friday, October 23, 2009

Politik Punca Perbalahan (HARIAN METRO, 23 Oktober 2009)

Oleh Mohd Shahrizal Nasir
rencana@hmetro.com.my


PERBEZAAN pendapat mengenai sesuatu isu menyebabkan semangat perpaduan sesama umat Islam terhakis. Kesannya, muncul pelbagai keadaan negatif dalam kehidupan bermasyarakat seperti fitnah, prasangka buruk, cabar-mencabar, hasad dengki, dendam dan mendedah keaiban orang lain.
Umat Islam perlu mengelak sebarang perselisihan, sebaliknya mencari jalan penyelesaian terbaik bagi merapatkan kembali ikatan perpaduan sesama umat.Firman Allah yang bermaksud: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu)." (Surah al-Hujurat, ayat 10).

Politik tidak dapat dipisahkan dengan Islam yang bersifat syumul (sempurna) dalam segenap perkara yang membabitkan urusan dunia dan akhirat. Namun, jika umat Islam terus merenggangkan perbezaan fahaman politik masing-masing, maka tercetuslah perpecahan ummah yang melemahkan kekuatan Islam. Lebih teruk jika perjuangan politik hanyalah semata-mata untuk kedudukan serta kepentingan peribadi.

Walaupun bertujuan baik, keadaan yang sesak dalam suasana yang berhimpun padat itu akan mewujudkan situasi kurang sopan yang mencerminkan budaya yang tidak sihat. Ini memudahkan musuh mencatur agenda memusnahkan perpaduan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantah (berselisihan), kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu." (Surah al-Anfal, ayat 46). Tujuan berdemonstrasi harus jelas dan menjamin impak terbaik buat semua. Jika sekadar wadah bagi mengumpul kekuatan dan menunjukkan kehebatan diri sendiri, ia menyalahi tuntutan Islam.

Apakah sudah tiada jalan penyelesaian terbaik bagi menangani sesuatu isu selain berdemonstrasi?Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak membiarkan ia dizalimi. Barang siapa yang berusaha untuk memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan membantu dan mempermudahkan hajatnya." (Hadis riwayat Muslim).

Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman, janganlah sesuatu puak dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk." (Surah al-Hujurat, ayat 11).

Jika dilihat secara positif, terdapat beberapa cara yang dituntut Islam bagi menyuarakan sesuatu pendapat atau mengajak manusia ke arah kebaikan. Contohnya, apabila Allah memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun menemui Firaun bagi menerima keesaan Allah, lalu diperintah mereka menuturkan kata-kata yang lembut dan bukan dengan angkuh atau menggunakan kekerasan.

Firman Allah yang bermaksud: "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut." (Surah Toha, ayat 43-44).

Konsep tegur-menegur secara berhikmah dan berhemah adalah sesuatu yang amat indah bagi menggambarkan keindahan Islam itu sendiri. Rasulullah pernah bersabda berkaitan perihal menegur pemimpin yang antara lain bermaksud. "Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin itu dan nasihatilah dia secara sembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat itu) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) sudah melaksanakan tanggungjawabnya." (Hadis riwayat Ahmad).

Budaya demonstrasi perlu dibendung agar ia tidak menjadi acuan serta budaya dalam masyarakat di negara ini.Jika budaya ini menular, anak-anak mudah memberontak kepada kedua orang tuanya, murid cepat melenting dengan gurunya malah pekerja tiada kerja lain melainkan mahu menunjuk perasaan kepada majikannya sahaja.

Demonstrasi keterlaluan akan menyebabkan nama negara tercemar di mata dunia serta kepimpinan negara mendapat aib yang besar. Sesungguhnya Islam menyeru umatnya jangan mendedahkan keaiban orang lain.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya jika kamu mencari-cari keaiban orang lain, bererti kamu telah merosakkan mereka atau setidak-tidaknya hampir merosakkan mereka itu." (Hadis riwayat Abu Daud).

Thursday, October 22, 2009

مجلة علوم انسانية WWW.ULUM.NL السنة السابعة: العدد 43: خريف 2009 - Issue 43, Year 7th , Oct.


بفارغ الصبر صدر العدد 43 من مجلة علوم انسانية، هذه المجلة الرائدة في مجال الانسانيات وهي مجلة دوريـــة محكمة تعنى بالعلوم الانسانية وهذا ما جاء فيها من بحوث

Mohammed Z. R. Almazloum, Awad Qeshta: Evaluating the Content of English for Palestine, Grade Ten Textbook in the Light of the Standards for Foreign Language Learning

Ibrahim Abu Bakar: PAS and Its Islamist Fundamentalism in Malaysia

د. هيثم حمود الشبلي، ود. محمد عواد ازيادات: إستراتيجيات التسويق التصديري الدولي في الشركات الاردنية: دراسة
ميدانية

أ. عبدالله محمد اشكاب، وأ. أسامة الزوام السكبي: تحليل العلاقة بين الميزانية العامة والميزان التجاري في الاقتصاد الليبي خلال الفترة 2000-2008

د.محمد فرحان القضاة، ود.المعتصم بالله سليمان الجوارنة: منهاج رياض الأطفال: رؤية مستقبلية
د. ياسين الحسن و،د. فاروق البكدش، وأ. عبد الرحيم نواف خليف: واقع الصادرات الزراعية السورية خلال الفترة 2006 - 1998

د. أحمد الهزايمة: الرضا الوظيفي لأعضاء الهيئة التدريسية والموظفين الإداريين في الجامعات الخاصة (الاردن) : دراسـة ميدانيـة

أ. سمية زيرار، وأ. هند مهداوي، وأ. رفيقة صباغ: أثر الدولار و الأورو على التجارة الخارجية الجزائرية: 1986-2006

د. هناء خالد سالم الرقـاد: العلاقة بين المشرف التربوي ومعلمي المدارس الخاصة من وجهة نظر المعلمين

د. معين أحمد عبد الله عودات: تأثير استخدام أسلوب التآلف والبناء على بعض المتغيرات البدنية والمهارية في درس التربية الرياضية

د. مصباح رشيد توفيق الجراح: ظاهرة انتشار الغش في امتحان شهادة الدراسة الثانوية العامة في الأردن

د. رباح مجيد الهيتي: الاستخدام غير المشروع للحبوب المخدرة: دراسة ميدانية

أ. راضية بوزيان: التعليم و المواطنة: تشخيص الواقع واستراتيجيات الإصلاح في ظل العولمة دراسة سوسيولوجية تحليلية لعلاقة التربية بالمواطنة ببعض المؤسسات التعليمية بعنابة- الجزائر

د. محمد رمضان: الهجرة السرية في المجتمع الجزائري: أبعادها وعلاقتها بالاغتراب الاجتماعي. دراسة ميدانية

أ. رضوان محمود سليمان المجالي: التجربة الأردنية تجاه عملية الإصلاح- ما بين النظرية والتطبيق.د. لحسن عبد الله باشيوة: استشراف عناصر تفعيل إدارة مستقبل مؤسسات التعليم العالي

د. رقية عواشرية: الحماية القانونية لحق المترجم والمصنفات المترجمة في الوطن العربي والتحديات الراهنة.د. إبراهيم أحمد الشياب: حركة الترجمة في عصر المأمون العباسي (198-218 هـ / 813- 833 م)

د. حيرش بغداد محمد: من أجل قراءة جديدة للفكر الألماني: دراسة تحليلية ونقدية

د. رحمة بنت أحمد الحاج عثمان، و أ. محمد شهرزال بن ناصر: التطرق على قصيدة "البردة" للبوصيري وقصيدة "الأمين" للأديب الملايوي الماليزي داتوك أ. صمد سعيد: دراسة تحليلية مقارنة

د. ثناء نجاتي عياش: الحجاج في قصيدة شكاية المتظلم ونكاية المتألم: دراسة بلاغية

أ‌. عماد بوخاري: مظاهر السبك و الحبك في نماذج من مقالات "سجع الكهّان" لمحمد البشير الإبراهيمي

د. مجدي حاج إبراهيم: ظاهرة تعددية ترجمات النص الأدبي الواحد في العالم العربي: دراسة حول جدوى إعادة ترجمة رواية "الشيخ والبحر"

د. زاهر محمد الجوهر حنني: الأم ورحلتها في الشعر العربي من الجاهلية إلى نهاية العصر العباسيد. فتيحة كحلوش: نظرية الانزياح : من شجاعة العربية إلى الوظيفة الشعرية

د. بلال علي النسور: اليميــن المسيحـي ودوره في صنـــع القـــــرار الأمريكـــي: دراسة حالة كل من جنوب السودان والصراع العربي الإسرائيلي

أ‌. عارف موسى الوريكات: الخيار الأردني في التصور الإسرائيلي


موقع المجلة :

http://www.ulum.nl

Friday, October 16, 2009

Kewajipan Pelihara Bumi Allah (Harian METRO, 16 Oktober 2009)

Oleh: Mohd Shahrizal Nasir
rencana@hmetro.com.my

SEBAGAI khalifah Allah di muka bumi, manusia memikul amanah cukup besar. Manusia bertanggungjawab sepenuhnya bagi memakmurkan bumi serta memelihara segala khazanah kekayaan Allah daripada segala bentuk ancaman, kerosakan dan kemusnahan.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya dunia ini cantik, subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

Sebenarnya, semua ciptaan Allah yang terdiri daripada haiwan, tumbuhan, lautan, gunung-ganang malah virus yang amat kecil itu mempunyai faedah tersendiri buat kehidupan manusia. Semua diciptakan Allah untuk dimanfaatkan dengan cara yang terbaik bagi memudahkan kehidupan manusia di muka bumi ini.

Begitulah kehebatan dan rahmat Allah SWT yang tidak sesekali membiarkan manusia hidup dalam keadaan serba kekurangan dan kedaifan. Dengan sifat ar Rahmaan dan ar Rahim-Nya, manusia sama ada yang beriman atau kufur terus diberi nikmat. Hal ini sewajarnya menjadikan manusia semakin tunduk patuh kepada-Nya.

Bagi hamba yang memiliki iman yang sempurna, segala kejadian ciptaan Allah menjadikan mereka sentiasa berfikir mengenai kehebatan Allah SWT. Penciptaan makhluk di langit dan di bumi menjadi antara tanda jelas membuktikan kewujudan dan kehebatan Allah s.w.t. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman." (Surah al-Jaathiyah, ayat 3).

Secara jelas, Islam melarang umatnya melakukan kerosakan di muka bumi. Kerosakan yang dimaksudkan termasuk melakukan perbuatan maksiat dan keji oleh mereka yang alpa akan larangan Allah serta kerosakan yang membabitkan kemusnahan alam ciptaan Allah.

Dewasa ini, sesetengah pihak bersifat rakus menghimpun kekayaan dunia dengan menjalankan projek pembangunan mega sehingga sanggup merosakkan ekosistem alam. Gunung-ganang ditarah tanpa kajian dan penelitian, pokok balak ditebang secara haram, kawasan tadahan hujan dibotakkan sewenang-wenangnya sehingga seluruh hidupan termasuk manusia dan haiwan menderita menanggung akibatnya.

Disebabkan kerakusan serta sifat tamak manusia yang mengabaikan tanggungjawab memelihara alam semula jadi ini akan menyebabkan berlaku kerosakan dan bencana yang akan mengganggu kehidupan mereka sendiri. Firman Allah yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Surah ar-Ruum, ayat 41).

Allah s.w.t amat membenci golongan yang melakukan kerosakan di muka bumi. Firman-Nya yang bermaksud: "Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedangkan Allah tidak suka kepada bencana kerosakan." (Surah al-Baqarah, ayat 205).

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas, ayat 77). Penciptaan kehidupan di atas muka bumi yang terkandung di dalamnya pelbagai jenis flora dan fauna memerlukan penjagaan dan pemeliharaan bagi memastikan sistem ekologi berfungsi dengan lancar dan baik.

Aturan kehidupan tersebut yang seimbang adalah menurut sunnatullah yang sentiasa beroperasi untuk memastikan manusia mendapat faedah daripadanya. Sistem yang amat istimewa diciptakan Allah ini dikenali ekosistem yang sangat unik dan sistematik. Justeru, manusia sebagai khalifah tidak terlepas daripada tanggungjawab bagi memastikan tiada sebarang kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi yang boleh menjejaskan perjalanan sistem ini.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya, memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu." (Surah Ibrahim, ayat 32-33).

Sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran yang boleh menentukan baik buruk sesuatu perkara, manusia seharusnya mengawal diri daripada terus mengeksploitasi sumber alam secara berlebihan.

Fenomena seperti tanah runtuh, banjir kilat dan jerebu haruslah dijadikan renungan agar kita dapat memikirkan kesan jangka masa panjang terhadap kerakusan mengaut keuntungan dunia yang tidak berkesudahan.

Maka, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dalam memelihara keindahan alam semula jadi agar generasi akan datang akan terus mendapat nikmat yang tidak ternilai ini.

Friday, October 9, 2009

Dakwah Tugas Setiap Muslim (Harian METRO, 9 Oktober 2009)

Oleh Mohd Shahrizal Nasir

ISLAM adalah agama Samawi terakhir yang diturunkan Allah menjadi pedoman hidup umat manusia. Kedatangan Islam memansuhkan syariat yang diturunkan kepada nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya hanya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam" (Surah al-Ali 'Imraan, ayat 19).
Jelas, Allah tidak menerima agama lain selain Islam. Perkara ini dijelaskan Allah menerusi firman-Nya bermaksud: "Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari kalangan orang yang rugi." (Surah Ali 'Imraan, ayat 85)

Tugas menyebarkan dakwah perlu digalas setiap umat Islam. Ia kesinambungan kepada tugas Nabi Muhammad s.a.w selama 23 tahun. Dakwah tidak hanya tertumpu kepada bukan Islam menerima Islam, bahkan ia adalah proses menyeru umat Islam yang lalai kembali kepada ketetapan yang digariskan Islam.

Firman Allah bermaksud: "Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi pembantu bagi setengah yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan." (Surah at-Taubah, ayat 71). Prinsip ini yang sentiasa menjadi ingatan setiap individu Muslim agar umat Islam terus menjadi yang terbaik.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali 'Imraan, ayat 110).


Islam tidak pernah membebani umatnya dengan sesuatu yang tidak mampu untuk ditunaikan.Rasulullah S.A.W bersabda : "Barang siapa di antara kamu melihat berlakunya kemungkaran, maka hendaklah diubah dengan tangannya (kuasanya) dan sekiranya ia tidak mampu, maka hendaklah dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak mampu, hendaklah diubah dengan hatinya (benci dengan hati) dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis riwayat Muslim).

Pendekatan "dakwah bi al-hal" atau dakwah dengan penampilan diri adalah antara cara paling mudah bagi menyeru manusia menerima Islam.Sifat terpuji seperti bercakap benar, sabar, kasih sayang, hormat menghormati dan merendah diri harus sentiasa sebati dalam diri setiap individu Muslim.

Dakwah melalui penampilan diri sebenarnya lebih mudah jika setiap Muslim sedar peranan mereka menyebarkan dakwah. Sebaliknya, jika kita tidak berusaha menjauhkan diri daripada melakukan sifat tercela seperti sombong, hasad dengki, tamak, bangga diri, rasuah dan khianat, ia memberi gambaran buruk kepada Islam.

Firman Allah S.W.T bermaksud: "Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) fitnah (dosa yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksa-Nya." (Surah al-Anfaal, ayat 25).

Sesungguhnya pahala yang besar menanti mereka yang sentiasa berjuang menegakkan agama Islam serta menyebarkan kepada umat manusia.Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa menyeru kepada petunjuk (Islam) maka ia akan mendapat pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutinya, tidak berkurang sedikit pun." (Hadis riwayat Muslim).

Sesungguhnya Allah tidak menyerahkan amanah yang mulia ini kepada manusia jika tidak mampu memikulnya. Firman-Nya yang bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." (Surah al-Baqarah, ayat 286).

Thursday, October 8, 2009

Isu Wahabi, Ahli Sunnah Wal Jamaah...Apa Kesudahannya?

Isnin lepas buat pertama kali saya menjejakkan kaki ke ISTAC (International Institute of Islamic Thought and Civilization) di Jalan Duta. Ke sana kerana ingin menemani teman saya, seorang wartawan Harian METRO untuk menemui Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid, Timbalan Dekan ISTAC merangkap Profesor di Jabatan Fiqh & Usul Fiqh, Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, UIAM.


Pertemuan "last minit" yang saya aturkan menerusi telefon akhirnya dipersetujui oleh Dato' untuk berbincang satu topik yang menjadi bualan masyarakat hari ini iaitu....WAHABI! Secara peribadi, saya tidak berminat untuk membicarakan soal ini, namun kerana untuk membantu teman saya yang mendapat assignment daripada bosnya, saya bersetuju untuk membicarakan perkara ini.


Bagi saya, pendapat yang dilontarkan oleh Dato' Mamood Zuhdi amat melegakan saya dan ia sebenarnya juga memang merupakan 'stand' saya sejak dahulu lagi. Kata-kata pembuka bicara yang amat ringkas tapi meliputi isi perbincangan apabila beliau berkata: "Masalah orang Melayu kita ni ialah suka bergaduh (berselisih)". Saya setuju 100%! Dalam banyak sudut; politik, kemasyarakatan, malah masuk sekali bab pertikaian mazhab memang menjadi minat utama masyarakat kita.


Sebenarnya, kita telah membuang masa dalam membicarakan isu-isu yang memang sejak sedari zaman ulama' silam telah menjadi perselisihan di kalangan mereka. Justeru, adakah semua pihak yang alim pada masa kini akan berusaha untuk memadamkan perselisihan itu dan menyatukannya dengan satu pendapat yang QAT'IE? Amatlah bijak lagi hebat jika kesemua masalah yang termasuk dalam perkara-perkara khilafiat menjadi kesepakatan semua pihak.


Apa yang menyedihkan, masing-masing dilihat cuba menegakkan hujah masing-masing di samping cuba mengatakan yang selainnya adalah salah. Bagi saya yang kurang ilmu ini, masing-masing sepatutnya boleh terus berdiskusi secara ilmiah dan berhikmah dalam mencambah ilmu untuk mendapat kesepakatan agar ianya boleh digunakan oleh semua pihak.


Yang menjadi mangsa adalah orang-orang di kampung malah di bandar pun yang masih perlu bertaklid pada sesuatu mazhab dalam melaksanakan ibadat harian mereka. Yang bijak pandai terus membongkar masalah khilafiat sedang mereka yang tak tahu apa-apa terus tercengang menunggu penyelesaian yang membelenggu kekusutan bijak pandai.


Sikap berlapang dada perlu ada dalam diri setiap orang, jangan takut menerima kebaikan jika benar ia adalah yang kuat hujahannya. Sebagai seorang hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah s.w.t, kita haruslah sentiasa menanam azam untuk memperbaiki setiap amalan kita. Justeru, jika didapati apa yang kita amalkan sebelum ini kurang tepat, maka apa salahnya kita menerima pandangan ulama' yang telah mengkaji banyak sumber mengenai sesuatu amalan itu. Dalam soal sembahyang misalnya, adakah kita yakin solat yang kita amalkan 20 tahun dulu adalah yang sempurna dan akan diteruskan sehingga ke akhir hayat? Inilah yang perlu sama-sama kita fikirkan buat memperbaiki setiap individu masyarakat.


Bagi pihak yang lain pula, janganlah terlalu keras dalam menghukum sesuatu walaupun ianya kurang tepat berdasarkan kajian yang telah dibuat. Bayangkan, amalan yang telah menjadi amalan turun-temurun tiba-tiba dihukumkan HARAM dan sesat. Saya akur, bahawa bukan semua orang daripada mereka bersifat sedemikian, namun yang sedikit itulah menyebabkan yang lainnya dituduh membawa aliran baru yang menyesatkan umat Islam di negara ini.


Sebagai contoh, memetik kepada kata-kata seorang ustaz yang amat saya kagumi, yang kini sedang menyambung PhD di Uni. of Wales, ketika beliau memberi ceramah di UIA kira-kira 4 tahun lalu, beliau ada menceritakan bahawa terdapat sesetengah pihak yang berpegang 100% pada sunnah tetapi kurang bijak dalam memberi hujahan. Contohnya berkaitan isbal iaitu mengangkat pakaian agar tidak melebihi buku lali, sesiapa yang lebih, maka hukumnya HARAM.


Sebenarnya jika dikaji hadith yang membicarakan soal "isbal", kita perlulah melihat kepada "'illah" (sebab) pengharaman itu. Sebenarnya, pengharaman adalah disebabkan "khuyala'" atau perasaan angkuh dan sombong yang timbul ketika memakai pakaian yang labuh itu. Justeru 'illahnya adalah bangga. Jadi sebenarnya, jika seseorang itu menyintingkan pakaiannya sampai hampir ke lutut sekalipun, tetapi dalam dirinya masih ada sifat sombong kerana dialah yang mengikut sunnah. Maka bukankah itu juga hukumnya HARAM, berbanding yang memakai pakaian labuh namun tiada sifat sombong langsung dalam dirinya.


Inilah antara perkara yang perlu kita fikir-fikirkan dalam mencari penyelesaian terbaik kepada masalah perpecahan dalam ummah disebabkan perkara-perkara khilafiat ini. Malah ada pihak yang tidak sudah-sudah menerbitkan buku untuk menghentam pihak yang tidak senada dengannya. Sebenarnya, Islam tidak pernah menutup pintu perbincangan, namun bagi saya syaratnya jelas...semua pihak kena berlapang dada dalam mendengar hujahan pihak lawannya, tidak lupa juga uslub berhikmah dan berhemah dalam melontarkan idea dan hujahan yang dipegang dan dikira lebih kuat itu.


Saya bukanlah orang yang layak dalam membicarakan isu ini, namun saya rasa terpanggil untuk berkongsi pendapat yang tidak seberapa ini demi melihat umat Islam terus bersatu dan membina ketamadunan serta mencipta kegemilangan, agar Islam terus dipandang mulia dan terbaik seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam al-Qur'an.


Saya juga tidak terlepas daripada dituduh oleh beberapa orang sahabat yang melayari blog ini dengan mengatakan saya pro-Wahabi! Ianya hanya semata-mata "link" yang terdapat dalam blog ini, kebanyakannya merupakan blog mereka-mereka yang dilabel sebagai golongan Wahabi. Janganlah terlalu berburuk sangka dalam hal ini. Bagi saya, mana yang lebih kuat hujahnya, itulah yang saya pegang pendapatnya. Namun, jauh di sudut hati saya untuk menolak kesemua amal ibadat yang telah menjadi amalan umat Islam di Malaysia. Tidak dapat saya nafikan, terdapat beberapa perkara yang saya rasa ianya boleh diteruskan dengan dilakukan sedikit perubahan sesuai dengan pendapat yang termaktub dalam beberapa kitab turath dan juga kitab-kitab Melayu kuning.


Sebagai contoh, amalan membaca yasin dan kenduri arwah di rumah keluarga yang baru kehilangan anggota keluarganya. Bagi saya, majlis berkumpul itu tidak salah, ianya boleh diisi dengan bacaan doa untuk mendoakan kesejahteraan ke atas roh insan yang baru meninggal dunia itu. Namun apa kata, bukan jemaah yang hadir dihidangkan jamuan oleh tuan rumah, akan tetapi masyarakat yang hadir itu yang sepatutnya membawa makanan untuk pihak tuan rumah yang sedang dilanda kesedihan itu.


Saya rasa, perkara ini boleh dipraktikkan bagi menggantikan amalan yang biasa kita amalkan sebelum ini. Begitulah antara pendapat saya mengenai isu ini. Teruskanlah mencambah minda umat Islam dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat daripada membincang perkara-perkara yang seperti tiada kesudahannya ini. Janganlah sampai ada sesetengah pihak yang tergamak menuduh saudaranya sendiri itu kafir ataupun sesat semata-mata pendapat mereka tidak senada dsengan kita. Yang akan menjadi mangsa dan dilanda kebingungan yang teruk adalah masyarakat awam yang terpinga-pinga melihat gelagat alim ulama' terus bertelagah.


Umat Islam seharusnya digalakkan untuk terus menambah ilmu dengan menghadiri majlis-majlis ilmu agar kita tidak menggunakan kefahaman sendiri dalam menghukum sesuatu isu. Seperti yang saya katakan sebelum ini, semua pihak harus melihat titik persamaan daripada membongkar titik perselisihan yang akhirnya memecah-belahkan umat Islam. Saya agak tertarik dengan kata-kata penutup yang diberikan oleh Dato' Mahmood Zuhdi di akhir pertemuan saya, sekali dengar macam kelakar tapi ada benarnya, katanya: "Nak selesai isu ni, semua pihak kena hormat antara satu sama lain, marilah kita cari isu lain untuk orang Melayu (Islam) bergaduh, daripada mereka bergaduh tentang isu ini". Semoga umat Islam terus dipandang tinggi dan menjadi contoh ikutan buat manusia seluruhnya.

Friday, October 2, 2009

Continuous Assessment Result For CCHB 1011-Section 6.


Assalamualaikum w.r.t w.k.t
Dear All My Students (CCHB 1011)- Section 6:-
  • The total Continuous Assessment Result (CAM) is 80% and another 20% is for your final exam paper.
  • You are advised to check your seat number at CCAC general office before final exam day (1 November 2009-Sunday).
  • You may see me if there is wrong culculation in your mark.
  • Wish all the best to all of you for your coming final exam!

اللهم افتح عليكم