Monday, August 9, 2010

رمضان كريم



Saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada kali ini. Manfaatkanlah setiap ruang dan peluang Ramadan untuk kita sama-sama memperoleh rahmat dan keberkatan daripada-Nya.

Mari kita berusaha untuk menjadikan Ramadan kali ini yang terbaik buat kita. Dalam hadith Rasulullah s.a.w, Baginda pernah bersabda bahawa berapa ramai orang yang berpuasa tapi mereka tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga semata.

Madrasah Ramadan perlu dihayati agar pentarbiyahannya ia dapat terus diaplikasi dalam kehidupan seharian. Menghargai masa, mengeratkan ukhuwwah sesama keluarga & masyarakat, menjamu para tetamu, mengelakkan pembaziran, meningkatkan produktiviti kerja, melakukan aktiviti secara berjemaah adalah antara perkara-perkara yang diterapkan sepanjang bulan Ramadan.

Moga ibadah kita diterima oleh-Nya. Salam Ramadan!