(I) Islam, Feminisme Barat dan Sastera Melayu
Penulis: Ungku Maimunah Mohd Tahir & Zulkarnain Mohamed
Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia
Harga: RM35.00
Buku ini menjurus kepada persoalan yang sering mendapat
perhatian dalam medan kesusasteraan iaitu wanita serta pemerihalan dan penampilannya
dalam karya kreatif. Dalam konteks
sastera Melayu, persoalan ini perlu berdepan dengan tiga unsur penting iaitu
perspektif Islam, budaya Melayu dan teori Barat khususnya feminisme, yang
terakhir selaku kerangka analisis yang
kerap menjadi pilihan penulis kreatif dan juga
pengkritik. Sejauh manakah persoalan tersebut telah ditangani dengan
adil dan saksama, sesuai dengan pengungkapannya dalam karya kreatif dan
kritikan yang berlatarkan budaya dan akal budi
Melayu-Islam? Atau, adakah
persoalan tersebut dikesampingkan sebagai tidak relevan kerana budaya Melayu
dan agama Islam dianggap sedia tertanam secara tersirat dalam tulisan yang
terhasil? Buku ini mengetengahkan
perbincangan mendalam daripada perspektif Islam dan juga feminisme Barat agar
keduanya dapat dihayati serentak untuk membolehkan kita menjawab dengan
objektif dan tepat satu soalan penting, relevan dan serius, yang memang wajar
diajukan: benarkah sastera dan kritikan
kita telah diperkayakan secara berhikmah dan bijaksana dengan penerapan
idea-idea feminisme Barat?
(II) Gender dalam Sastera Melayu
Penyunting: Ungku Maimunah Mohd Tahir
Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia
Harga: RM38.00
Dalam sastera Melayu,
perspektif gender yang datang bersama fahaman feminisme Barat serta teori
sastera feminis cetusannya itu, dengan cepat menarik perhatian kepada aspek
pemerihalan wanita dalam karya sastera serta isu gender yang berkaitan
dengannya. Soal pembentukan identiti
wanita, peranan dan fungsinya, ruang yang diperuntukkan baginya, keberdayaan
yang dinafikan atau diberikan kepadanya,
sifat pemberontak atau penurut yang difikirkan sesuai baginya sering
merupakan antara tumpuan garapan penulis kreatif di satu pihak dan tumpuan
analisis para pengkritik di pihak yang lain. Berlatarbelakangkan konteks
Melayu-Islam, adakah pemerihalan,
lakaran serta pemaparan wanita Melayu oleh penulis kreatif peka terhadap
tuntutan agama dan budaya tempatan; dan adakah pengkritik sastera
membedah siasat pemerihalan dan pemaparan tersebut sewajarnya, juga bertunjangkan tuntutan agama
dan budaya Melayu-Islam? Koleksi lapan
buah makalah dalam buku ini, yang menganalisis pelbagai genre dari sastera
‘tradisional’ ke sastera ‘moden’ dan juga
fiksyen sains, menyerlahkan bagaimana dan sejauh mana soalan tersebut
ditangani.
UNGKU MAIMUNAH MOHD. TAHIR, PhD, Profesor dan Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mengkhusus dalam bidang Kritikan Sastera, Teori Sastera, Teori Kritikan dan Sastera Bandingan, dengan penekanan kepada anjakan baru dalam kritikan sastera Melayu, khususnya melalui Gagasan Persuratan Baru.
ZULKARNAIN MOHAMED, PhD, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mengkhusus dalam bidang Sastera Islam Bandingan yang merangkumi sastera Arab, Melayu, Indonesia dan isu-isu dalam Kesusasteraan Arab Moden, dengan penekanan kepada batasan bercereka menurut akidah Islamiah.
***************