Oleh: Mohd Shahrizal Bin Nasir
Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
1. Setiap manusia di dunia ini tidak pernah terlepas
daripada melakukan kesalahan. Kesalahan itu sama ada berlaku antara manusia
sesama manusia, mahu pun kesalahan atau dosa antara manusia dengan Penciptanya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap anak Adam itu sentiasa
melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah
mereka yang sentiasa bertaubat.” (Hadis riwat Ahmad).
2. Dalam membicarakan isu kesalahan manusia dengan
Allah SWT, maka sesungguhnya hal ini menjelaskan kepada manusia betapa Allah
SWT itu Maha Pengampun ke atas setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dalam
mencari keredhaan Allah SWT. Apa yang pasti, apa juga kesalahan yang dilakukan
oleh manusia, selain daripada menyekutukan-Nya, maka pintu keampunan Allah SWT
itu amat luas.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-Ku yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Dia juga yang mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia juga yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Zumar, ayat 53).

3. Namun, keluasan rahmat Allah SWT ini tidak boleh
disalah-tafsir oleh manusia. Sifat Allah SWT yang Maha Pengampun tidak
sekali-kali memberi lesen kepada setiap hamba-Nya untuk melakukan kesalahan dan
dosa sesuka hati. Adakah kita yakin bahawa kita akan sempat untuk bertaubat
kepada Allah SWT di atas apa juga keterlanjuran kita? Adakah kita akan
tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang terpilih untuk bertaubat kepada-Nya?
Inilah antara persoalan yang wajar disematkan dalam fikiran setiap Muslim.
Sesungguhnya kesemua perkara bergantung sepenuhnya di atas restu dan rahmat
Allah SWT.
4. Pintu taubat Allah SWT itu terbentang luas. Namun,
perlu menjadi ingatan bahawa peluang yang terbentang luas ini juga ada
pengakhirannya. Berdasarkan ayat Qur’an dan hadis Rasulullah SAW, secara jelas
menunjukkan bahawa pintu taubat Allah SWT akan tertutup sekiranya seseorang hamba
itu hampir menemui ajalnya, dan yang kedua apabila telah sampai detik
pengakhiran dunia iaitu apabila tibanya hari Kiamat.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, sedang taubatnya itu sudah terlambat. Dan demikian juga halnya orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang yang demikian Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 18).
Rasulullah SAW pula bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat hamba-Nya, selagi roh belum sampai di kerongkong (hampir dengan ajal).” (Hadis riwayat al-Tirmidzi).
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang membuat jahat pada waktu malam, membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang melakukan maksiat pada waktu siang. Hal ini berterusan sehinggalah matahari terbit dari arah barat.” (Hadis riwayat Muslim).

5. Daripada ayat Qur’an dan hadis di atas, dapat
difahami bahawa meskipun pengampunan Allah SWT itu amat luas. Namun, Islam
menggalakkan hambanya untuk segera menginsafi kesalahan yang telah dilakukan
dan segera memohon keampunan daripada Allah SWT atau bertaubat. Taubat tidak
boleh dilengah-lengahkan kerana sebagai manusia, kita tidak diberi pengetahuan
tentang tarikh kematian kita dan tarikh sebenar berlakunya hari Kiamat.
Justeru, sekiranya seseorang Muslim menyedari kesilapan yang telah dilakukan,
maka janganlah ditangguh urusan memohon keampunan daripada Allah SWT.
6. Selain itu, sebahagian ulama’ ada menyatakan
bahawa, untuk mendidik diri agar sentiasa berwaspada dalam setiap perbuatan dan
tidak terjerumus dalam lembah kemungkaran, kita mesti sentiasa ingat kepada
kematian. Dengan cara ini setiap tingkah laku kita dapat dikawal dan diri akan
lebih bersegera menginsafi kesalahan diri dan bertaubat kepada-Nya dengan
sebenar-benar taubat.
7. Imam al-Nawawi dalam kitabnya Riyad al-Salihin
menyatakan ulama’ berpendapat bahawa amalan bertaubat daripada setiap dosa yang
dilakukan hukumnya wajib. Namun, taubat yang sebenar-benarnya bukanlah sekadar
berdoa kepada Allah SWT agar kesalahan yang dilakukan diampuni oleh Allah SWT.
Taubat yang sebenar adalah taubat yang dilakukan secara bersungguh-sungguh,
semata-mata mencapai keredhaan Allah SWT.
Taubat itu datang dari hati tanpa sebarang paksaan dan dibuat-buat. Inilah yang disebut sebagai “Taubat Nasuha”. Ibn Kathir menyebut bahawa taubat nasuha sebagai taubat yang benar-benar ikhlas dan kebanyakan ulama menyebut sebagai taubat daripada dosa dan tidak lagi mengulangi perbuatan itu. Al-Kalabi pula menyatakan bahawa maksud taubat nasuha ialah beristighfar dengan lidah, insaf dengan hati dan mencegah dengan anggota badan.

Allah SWT ada menggunakan istilah “Taubat Nasuha”
dalam firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Bertaubatlah kamu
kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan
kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga, yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang beriman
bersama-sama dengannya.” (Surah al-Tahrim, ayat 8).
8. Sebahagian ulama’ menggariskan beberapa syarat
taubat yang perlu diambil perhatian oleh setiap Muslim yang ingin bertaubat dan
mencapai taubat nasuha. Antara empat syarat taubat yang utama ialah:
- Berhenti daripada melakukan kemaksiatan kepada Allah.
- Menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan.
- Berazam tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu selama-lamanya.
- Jika dosa itu berkaitan dengan manusia, maka ia perlu diselesaikan. Maksudnya, jika seseorang itu mencuri harta seseorang yang lain, maka harta yang dicuri itu wajib dikembalikan kepada tuannya. Jika seseorang menuduh atau memfitnah seseorang yang lain, maka dia wajib memohon maaf atas segala perbuatan jahatnya itu.
9. Amalan berzikir atau beristighfar merupakan antara
cara yang boleh dilakukan bagi memohon keampunan daripada Allah SWT. Bacaan
istighfar wajar dijadikan amalan harian sepertimana yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW. Zikir “Sayyid al-Istighfar” (Penghulu Istighfar) sewajarnya dijadikan
amalan harian, pada setiap masa.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Iblis berkata kepada Tuhannya: Dengan keagungan dan kebesaran-Mu, aku tidak akan berhenti menyesatkan anak Adam selama mereka masih bernyawa.” Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Dengan keagungan dan kebesaran-Ku, Aku tidak akan berhenti mengampuni mereka selama mereka beristighfar.” (Hadis riwayat Ahmad).

10. Apa yang perlu menjadi ingatan semua, setiap
kesalahan dan dosa yang pernah kita lakukan, seharusnya ia menjadi rahsia dalam
diri kita sahaja. Tidak perlu dihebahkan atau diceritakan segala dosa silam
yang pernah kita lakukan kepada orang lain. Hal ini penting, demi menjaga
maruah dan aib diri sendiri pada masa akan datang. Tidak mustahil, pada masa
akan datang, tatkala kita telah insaf dan bertaubat serta menjauhkan diri
daripada kesalahan tersebut, ia bakal diungkit kembali oleh orang yang pernah
mendengar kisah silam kita.
Maruah diri mestilah dijaga. Tidak perlu dihebahkan dosa dan kesalahan yang lalu. Apa yang sepatutnya kita lakukan ialah mengadu dan ceritakanlah salah silap kita di hadapan Allah SWT dengan rasa penuh insaf dan mengharapkan keampunan-Nya. InshaAllah segala dosa dan kesalahan kita akan diampunkan oleh-Nya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Barang siapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan, lalu memilih jalan lurus. Maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya dan Tuhan itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Maidah, ayat 39).