Wednesday, June 24, 2009

Prof. Dr. Ahmad Shehu Abdussalam Dalam Lipatan Kenangan Peribadiku


















Hari ini saya mendapat berita yang seorang tenaga pengajar Jabatan Bahasa & Kesusasteraan Arab, UIAM akan meninggalkan Taman Ilmu & Budi ini. Beliau yang saya maksudkan ialah Y.Bhg. Prof. Dr. Ahmad Shehu Abdussalam.
Beliau yang berasal daripada negara Nigeria adalah antara mereka yang mula-mula berhempas pulas untuk membangunkan Jabatan Bahasa & Kesusasteraan Arab, UIAM sejak ia mula ditubuhkan.
Beliau mendapat B.A dan M.A dari Uni. Muhammad Ibn Saud, Arab Saudi dan P.hD dari Uni. Khartoum, Sudan. Pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan sekitar tahun 90an. Jasa beliau amat besar pada UIAM, jika disemak senarai thesis bagi graduan Ijazah Sarjana & Doktor Falsafah khususnya dalam bidang Linguistik Arab, maka kebanyakannya adalah hasil seliaan beliau.
Seorang yang amat rajin menulis artikel dalam journal-journal antarabangsa, selaklah koleksi journal-journal antarabangsa di maktabah UIAM, pasti ada hasil tulisannya. Beliau telah mendapat Profesor penuh daripada UIAM.
Secara peribadi, banyak kenangan saya bersama beliau. Alhamdulillah saya berpeluang mengambil 2 subjek daripadanya iaitu: علم اللغة العام dan علم اللغة التطبيقي dengan kedua-duanya mendapat "A"....alhamdulillah.
Beliau juga telah memberi sumbangan peribadi berbentuk trofi dan wang tunai kepada pihak UIAM untuk diberikan kepada saya selaku penerima anugerah Al-Sibawayh sempena Istiadat Konvokesyen ke-24 UIAM tahun lalu. Beliau juga yang sudi menjadi "referee" saya untuk kemasukan Ijazah Sarjana dengan menulis surat sokongan kepada pihak Dekan, Centre For Postgraduate Studies, UIAM.
Beliau jugalah yang memberi kata-kata semangat dan sokongan serta "paksaan" agar saya meninggalkan CELPAD UIAM dan menerima tawaran jawatan Felo Akademik di Uni. Darul Iman Malaysia (UDM). Sesungguhnya, jasa dan sokongan beliau amat besar dalam membantu saya mengharungi dunia keilmuan yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini.
Baru sebentar tadi, beliau menghubungi saya dan sempat memberi alamat e-mail nya untuk saya menghubungi beliau jika terdapat sebarang pertanyaan khususnya dalam proses penghasilan thesis saya dalam bidang Kesusasteraan Arab. Saya berdoa agar Allah SWT terus melimpahkan rahmat dan berkat-Nya untuk Y.Bhg. Prof sekeluarga.

4 comments:

  1. Yang pergi tetap pergi. Yang hilang pasti akan berganti. Doakan guru sentiasa beroleh keberkatan dan kesenangan di dunia dan akhirat.

    Tahniah kerana memiliki 'intan' mahal di UIAM

    ReplyDelete
  2. Insha Allah....guru antara insan yang perlu sentiasa dingati dalam doa. Moga anda jadi guru yang dedikasi....amin!

    ReplyDelete
  3. bila prof shekhu nak berangkat pulang???

    jom pergi jumpa dia...

    ReplyDelete