Friday, March 19, 2010

Halaqah Kenali Budaya 90 Negara (H.METRO, Juma'at 19 Mac 2010, Halaman v2)


Oleh Mohd Shahrizal Nasir


UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sememangnya terkenal apabila melahirkan ramai graduan serba boleh serta memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan.

Dengan menggariskan Islamisasi sebagai asas dalam setiap subjek yang ditawarkan dalam pelbagai bidang, ia terbukti memacu universiti berkenaan mencapai matlamat duniawi dan ukhrawi.

Selaras dengan misi berkenaan tersebut, UIAM melalui Bahagian Aktiviti Kokurikulum, Jabatan Pembangunan Pelajar memperkenalkan program 'study circle' atau halaqah.

Melalui program berkenaan pelajar diberi peluang mengutarakan idea serta belajar menghormati pandangan orang lain.

Selain itu, program halaqah itu turut memberi peluang kepada pelajar mengenali serta mempelajari adat dan budaya hidup rakan lain yang datang lebih dari 90 negara di seluruh dunia.

Skop perbincangan yang dijalankan tidak terhad kepada aktiviti dalam masjid atau kelas saja, malah pihak universiti turut menggalakkan pengendali kumpulan halaqah menganjurkan program luar kelas.

Ia bertepatan bagi mewujudkan semangat setia kawan, menghormati pandangan orang lain dan berkorban demi orang lain yang boleh dapat dijalankan dengan jelas.

UIAM juga menyediakan pembiayaan khas bagi mana-mana kumpulan halaqah yang berminat menganjurkan program luar kelas seperti gotong-royong, perkhemahan, ziarah rumah orang tua dan anak yatim serta pelbagai aktiviti riadah.

Aktiviti seumpama itu memupuk semangat 'antarabangsa' apabila ia turut disertai pelajar luar negara seperti Bangladesh, Indonesia, Arab Saudi, Yaman dan Nigeria.

Antara aktiviti yang pernah dianjurkan kumpulan halaqah adalah 'explorace' yang diadakan pada cuti hujung minggu.

Seawal jam 7.30 pagi mereka memulakan dengan melakukan senaman ringan sebelum pelajar dilepaskan di sekitar kampus.

Di samping bersaing mendapat gelaran juara, pelajar turut dinilai dari sudut etika dan sahsiah sepanjang menyertai program berkenaan.

Walaupun nampak kecil, namun pelajar dapat mempraktikkan semua tuntutan Islam seperti sikap bertolak ansur dan disiplin yang sentiasa menjadi amalan hidup Muslim.



Wednesday, March 17, 2010

Seating Arrangement For Final Exam [CCHB 1011, Section 10, 11 & 12]






SUBJECT : STUDY CIRCLE 1
COURSE CODE : CCHB 1011
SECTION : 10, 11 & 12
DATE : 20 MARCH 2010
DAY : SATURDAY
TIME : 9.00 A.M - 9.30 A.M
VENUE : MAIN HALL, CAC




Wednesday, March 10, 2010

Continuous Assessment Marks (CAM) Result For CCHB 1011-Section 10 & 12.

CCHB 1011, Section 12

CCHB 1011, Section 10


Assalamualaikum w.r.t w.k.t


Dear All My Students (CCHB 1011)- Section 10 & 12 :
  1. The total Continuous Assessment Marks (CAM) Result is 80% and another 20% is for your final exam paper.
  2. You are advised to check your seat number at CCAC general office before final exam day (20 March 2010-Saturday).
  3. You may see me if there is wrong culculation in your mark.
  4. Wish you all the best in your coming final exams! Do the best as you are! May Allah SWT always guide us.

اللهم افتح عليكم

Monday, March 1, 2010

Islam Anjur Perdamaian (HARIAN METRO, Jumaat 26 Februari 2010)

Oleh Mohd Shahrizal Nasir
rencana@hmetro.com.my


Pemilihan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini mempunyai tanggungjawab yang cukup berat terutama memastikan kemakmuran bumi dan penghuninya.

Tanggungjawab seorang khalifah mencakupi pelbagai aspek terutama berkaitan hubungan dengan Allah sebagai pencipta dan juga hubungan dengan sesama manusia. Dalam hubungan dengan Allah, manusia perlu mengabdikan diri kepada Maha Pencipta.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan (Ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”. (Surah az-Dzariyaat, ayat 56).

Justeru, segala bentuk hak Allah perlulah dijadikan keutamaan, lebih-lebih lagi dikala ia bertembung dengan kehendak manusia yang pada kebiasaanya bersifat keduniaan semata-mata. Semua tindakan seorang yang bergelar khalifah harus mengarah kepada kebaikan dan sentiasa menurut garis panduan yang telah dijelaskan oleh Allah menerusi al-Qur’an dan Sunnah.

Sesungguhnya, jika hubungan dengan Allah sentiasa dijadikan keutamaan, maka akan terpeliharalah iman kita daripada segala bentuk anasir jahat yang sentiasa mengarah kepada keburukan dan kejahatan. Malah keberkatan Allah dari langit dan bumi akan terus kita nikmati, natijah daripada keimanan yang teguh dan jitu kepada-Nya.


Firman Allah yang bermaksud: “Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah ruah berkatnya, dari langit dan bumi”. (Surah al-A’raaf, ayat 96).

Menyentuh aspek hubungan sesama manusia pula, Islam telah menggariskan tatacara dan panduan bagi menjaga hubungan tersebut. Menerusi hubungan yang baik sesama manusia, maka kehidupan di dunia akan disinari dengan cahaya keharmonian dan kebahagian. Baginda

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Perbandingan orang-orang mu’min dalam berkasih-sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka dan dalam rasa simpati mereka adalah laksana tubuh badan yang satu”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Jelasnya, setiap individu Muslim itu adalah bersaudara dan saling memerlukan antara satu sama lain. Namun, dalam konteks yang lebih luas lagi, sebagai seorang Muslim yang sejati, hubungan antara sesama manusia tidaklah terbatas antara sesama Muslim sahaja, bahkan

Islam turut menggesa umatnya supaya berbuat baik dan berkasih sayang sesama manusia walaupun berlainan agama dan kepercayaan. Inilah di antara keindahan Islam yang ternyata menolak permusuhan dan perbalahan sesama manusia, agar kehidupan di muka bumi ini akan sentiasa berada dalam keadaan harmoni dan bahagia.

Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul-Nya (as-Sunnah)”. (Surah an-Nisaa’, ayat 59).

Sebagai ummah yang terbaik, kita hendaklah sentiasa bersikap positif dan bersangka baik sesama manusia dan jika terdapat sebarang perkara yang belum diketahui kebenarannya, maka selidikilah perkara tersebut dengan teliti. Hanya dengan itu kita dapat menjauhkan diri daripada terus berperasangka buruk.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa”. (Surah al-Hujuraat, ayat 12).

Dalam ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia”. (Surah Ali-Imraan, ayat 112).