Monday, August 9, 2010

رمضان كريم



Saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada kali ini. Manfaatkanlah setiap ruang dan peluang Ramadan untuk kita sama-sama memperoleh rahmat dan keberkatan daripada-Nya.

Mari kita berusaha untuk menjadikan Ramadan kali ini yang terbaik buat kita. Dalam hadith Rasulullah s.a.w, Baginda pernah bersabda bahawa berapa ramai orang yang berpuasa tapi mereka tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga semata.

Madrasah Ramadan perlu dihayati agar pentarbiyahannya ia dapat terus diaplikasi dalam kehidupan seharian. Menghargai masa, mengeratkan ukhuwwah sesama keluarga & masyarakat, menjamu para tetamu, mengelakkan pembaziran, meningkatkan produktiviti kerja, melakukan aktiviti secara berjemaah adalah antara perkara-perkara yang diterapkan sepanjang bulan Ramadan.

Moga ibadah kita diterima oleh-Nya. Salam Ramadan!

4 comments:

  1. selamat berpuasa untuk semua warga uia..hahaha

    ReplyDelete
  2. warga uia ke warga faruq edy? hahaha...taqabbala Allahu minkum!

    ReplyDelete
  3. kira semua la..xleh ashobiah...hehe

    ReplyDelete
  4. mana bleh bro...warga faruq mesti la special..yang menjaga ko sejak ko mula2 masuk kampus gombak nih...haha

    ReplyDelete