Diam tak diam, sudah hampir 8 semester saya mengajar subjek Study Circle di UIAM. Maknanya, hampir 4 tahun...sejak saya masih belajar peringkat ijazah Sarjana Muda.
Bagi saya, subjek ini merupakan wadah yang amat berguna buat mahasiswa dan mahasiswi UIAM. Cuba beritahu pada saya, universiti mana di dunia yang menawarkan subjek ini? Malah dimasukkan dalam CGPA pelajar! Peruntukan yang disalurkan untuk subjek ini juga amat besar!
Saya sering ingatkan pada pelajar bahawa, jangan anda harapkan yang anda akan dapat sesuatu yang "besar" apabila menghadiri kelas saya ini. Bagi saya, cukup jika anda berani mengutarakan pendapat anda secara ilmiah dan anda mampu menghormati pandangan orang lain! Bagi saya, ini sudah memadai.
Sepanjang mengendalikan subjek ini, banyak pengalaman yang saya timba. Pelbagai ragam pelajar yang perlu saya tangani. Kadang-kala timbul perasaan marah apabila masih terdapat pelajar yang bersikap acuh tak acuh dengan subjek ini. Ada yang sanggup menipu diri sendiri, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kehadiran!
Sebenarnya, sikap seperti ini menggambarkan betapa rendahnya maruah kita sebagai "ahli ilmu". Ilmu yang dicari bakal menjadi sumber rezeki pada masa akan datang. Mana mungkin rezeki yang dicari datang dari punca yang tidak bersih!
Mentaliti bahawa Study Circle adalah subjek picisan harus diubah dan diperbetulkan. Sesungguhnya subjek inilah yang bakal mendidik mahasiswa dan mahasiswi UIAM ke arah memiliki budi pekerti yang unggul.
Apa yang harus difahami oleh semua, target utama Study Circle adalah berkaitan personality development, dan bukan academic performance. Moga pengalaman mengendalikan subjek ini menjadi kenangan dan pengalaman berguna buat saya selepas meninggalkan UIAM nanti.
xsuka study circle..dah la 0.5 je...huhu
ReplyDeletePerhhhh...direct nampak! Di...dia ikut gak sapa yang handle...kalau tak dak 0.5 tu...tak grad la semalam!
ReplyDeleteuia kene revise banyk benda pasal subject...0.5 tp requirement mengalahkan 3 credit hour...lab yg 1 credit hour pun nak macam2...dats y uia susah nak dapat good ranking among world university....
ReplyDeleteDi....study circle tu ada peranannya yg tersendiri...boleh kenal member2 uia, boleh hafal ayat2 yg boleh diamal dlm solat, boleh share pendapat orang, kita boleh bertukar idea, boleh tahu perkara2 basic dlm Islam...kira revise balik....tak guna dapat world class ranking tapi studentnya hancur...at least, bdk2 uia ni terkawal sikit...cuba ko masuk section aku, mesti meriah! haha
ReplyDelete