Friday, October 1, 2010

Selamat Bergraduasi Wahai Mahasiswa Universiti!


Sebagai seorang mahasiswa universiti, saat yang ditunggu ialah apabila tibanya hari istiadat konvokesyen. Pada saat inilah, rasa penat lelah "stay" malam, buat assignment, turun naik library, cari bilik lecturer...semuanya terbalas.



Apa yang penting, ialah apabila melihat wajah ceria dan berseri kedua orang tua. Seawal pagi lagi, mereka datang berbondong-bondong ke kampus tempat anak mereka membanting tulang, memerah keringat hampir 3-4 tahun. Mungkin, mereka dapat rasakan...sedikit sebanyak, jasa mereka selama ini dihargai oleh si anak.


Berdasarkan pengalaman saya, suasana semasa hari konvokesyen amat meriah. Bermacam ragam manusia dapat diperhatikan. Masing-masing membawa jambangan bunga untuk si anak yang sedang beratur menunggu giliran untuk masuk ke dewan istiadat konvokesyen. Tidak kira status hidup, yang kaya mahupun yang sederhana...wajah masing-masing penuh sinar kegembiraan.



Walaupun sanggup berletih kerana musafir yang jauh dari utara dan selatan tanah air, masing-masing berusaha menyembunyikan rasa penat lelah agar si anak tambah ceria di atas pentas tatkala menerima segulung ijazah.


Buat warga graduan UIAM yang bakal menerima ijazah masing-masing esok, ucapan TAHNIAH saya ucapkan. Sesungguhnya kehidupan baru anda baru hendak bermula. Pastikan diri anda telah cukup sabar dan tabah menanti panggilan temuduga atas permohonan yang anda utarakan. Zahirkan kesyukuran anda atas nikmat kurniaan Ilahi ini dengan memuji dan bertasbih kepada-Nya. Moga nikmat seumpama ini terus anda nikmati kelak.



Buat warga mahasiswa yang masih berusaha mengikut jejak langkah para graduan, berusahalah sebaik mungkin untuk menambah "nilai" dalam diri anda. Jika anda cemerlang dalam pelajaran, namun anda seorang yang pasif, tidak bercampur dengan masyarakat, lebih suka menyendiri, rasa rugi jika sedikit masa anda dimanfaatkan untuk orang lain, rasa malas untuk berpersatuan dan berprogram, tidak mahu membaiki skil komunikasi anda...maka janganlah bersedih jika tiada yang ingin memilih anda sebagai rakan sekerjanya.


Yang lebih penting, manfaatkan segala ilmu yang baik, yang ditimba semasa di universiti ini, untuk digunakan pada masa akan datang. Sentiasa lakukan yang terbaik untuk agama, negara, keluarga dan diri sendiri. Doakan juga guru-guru anda senantiasa dirahmati Allah agar ilmu yang dicurahkan kepada anda senantiasa berkat! :)




4 comments:

  1. melihat gmbar sdr di atas, sy masih ingat jamuan makan selepas majlis konvo meraikan pelajar yg menerima anugerah. meski ia tak terbanding dgn pengorbanan dan kasih syg ibu ayah, ia diharapkan agar menjadi antara hadiah terindah utk mereka. smg kita berjumpa lagi di majlis konvo kali ke 27 thn dpn di dwn yg sama:)

    -Ghafirah-

    ReplyDelete
  2. Ghafirah, kan kita duduk di meja yang sama. Dr. Majdan pun ada datang ke meja makan kita ;). InshaAllah jumpa lagi nanti...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..dah selamat convo....mana bunga dari fellow faruq ni??hehe

    ReplyDelete
  4. Edi, sejambak doa dah dipanjatkan untuk ko la....haha

    ReplyDelete