Alhamdulillah, hari ini genaplah usia saya mencapai 26 tahun. Puji dan puja itu semuanya untuk Allah SWT yang telah menganugerahkan usia saya sehingga kini. 26 tahun satu jangka masa yang lama serta secara logiknya, banyak pahala dan dosa yang terkumpul dalam lingkungan masa tersebut.
Kepada Ayahanda dan Bonda yang banyak berkorban untuk saya, sejambak doa tulus dari anakanda moga Ayahanda dan Bonda sentiasa dalam rahmat dan pemeliharaan Allah SWT. Segala jasa Ayahanda dan Bonda tidak dapat anakanda balas kecuali Allah SWT jua yang membalasnya. Moga Allah SWT mengampuni dosa-dosa Ayahanda dan Bonda tercinta.
Buat adikku Mohd Shahril Nasir serta Shazleen Nasir, abang doakan agar kalian berjaya dalam hidup masing-masing. Saat bercakaran sesama kita sepertimana semasa kecil dulu telah pergi. Sekarang, tugas kita amat besar untuk memastikan amanah Allah SWT untuk kita jaga, kasih serta hormat kepada Ayahanda dan Bonda sentiasa tersemat dalam diri.
Buat tiga orang insan yang banyak memberi dorongan dan semangat pada saya, namun tak sempat terus melihat keadaan saya... Allahyarham Othman Bin Alib (meninggal tahun 1997), Allahyarham Amat Bin Paijo (meninggal tahun 2008), Allahyarhamah Marsiam Bte Mansor (meninggal tahun 2007)... cucuanda mu menitip doa moga roh nendaku senantiasa dalam rahmat dan keampunan Allah SWT. Segala pesan dan nasihat nenda masih segar dalam ingatan cucuanda hingga ke saat ini.

Kepada barisan guru-guru saya selama ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat guru-guru semua. Yang banyak memberi tunjuk ajar agar saya terus berjaya duniawi dan ukhrawi. Mohon dimaafkan semua salah silap saya sepanjang bergelar anak didik guru-guru sekalian. Moga Allah SWT merahmati hidup guru-guru yang saya amat hormati.
Ucapan terima kasih juga buat para ilmuan yang banyak membantu saya dalam mengharungi denai kehidupan yang lebih mencabar. Buat Prof. Dr. Ungku Maimunah Mohd Tahir (UKM), Prof. Dr. Ahmed Shehu Abdussalam (Illorin Uni. Nigeria), Prof. Dr. Abdul Razak Al-Sa'adi (UIA), Prof. Dr. Nor Faridah Abdul Manaf (UIA), Prof. Madya Dr. Rahmah Ahmad H. Osman (UIA), Prof. Madya Dr. Mohd Zariat Abdul Rani (UPM), Prof. Madya Dr. Majdi Hj. Ibrahim (UIA), Prof. Madya Dr. Nasr El Din Ahmed Hussein (UIA), Dr. Badri Najib Zubir (UIA), Dr. Adli Hj. Yaacob (UIA), Dr. Kamarul Shukri Mat Teh (UniSZA) dan beberapa lagi yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam dunia akademik ini. Semoga semua jasa bakti termasuk dalam mizan hasanat para ilmuan sekalian.
Juga kepada insan yang banyak bersabar dengan kerenah saya, yang tak jemu memberi semangat, nasihat dan doa setiap hari. Moga hidup kita dirahmati-Nya.
Tidak lupa buat rakan-rakan saya yang sudi menjadi teman saya, yang ikhlas dalam persahabatan, yang sentiasa membantu saya dalam banyak hal, khususnya yang dapat saya sebutkan: Ilyasa Jaafar, Khairul Helmy, Izran Tugiran, Fadhli Ahmat, Ahmad Sauffy dan Soberi Zakaria. Kalian lah tempat aku berkongsi masalah hidup. Terima kasih sahabat.
Untuk anak didik saya di UIAM dan UniSZA, moga kalian menjadi "saham" tak ternilai saya di alam sana. Manfaatkanlah ilmu yang ada agar ianya tak menjadi fitnah yang akan membakar hasanat kalian pula di sana nanti. Doa saya sentiasa untuk anak didik saya yang saya kasihi.
Moga hidup yang seterusnya semakin mendapat rahmat dan petunjuk dari-Nya. Moga Allah SWT sentiasa merahmati hidup saya. Amin.
Allah al-Musta'an.
sannah helwah!!
ReplyDeletemay the coming years been blessed by Him and all your dream colors come true as wish..
ameen, ya Rob
Terima kasih Humaira' atas ingatan dan dua'. Moga doa itu kembali kepada kamu juga. Allah yubarik fiik...
ReplyDelete