Islam dan Barat – dua tradisi penulisan dengan konsep ilmu masing-masing – jelas memainkan peranan penting dalam kegiatan sastera di Malaysia. Kehadiran dua tradisi besar ini mengundang beberapa soalan pokok yang memerlukan penjelasan. Antara yang terpenting: bagaimanakah didamaikan keyakinan Islam yang mentauhidkan Allah SWT itu dengan teori-teori Barat, khususnya yang terkini, yang menolak aspek kerohanian dan kewujudan Ilahi? Adakah tulisan kreatif dan kritikan kita memperlihatkan kepekaan terhadap perkara penting ini; dan jika ya, bagaimanakah kepekaan tersebut diperlihatkan dalam tulisan yang dihasilkan? Atau, adakah perkara ini dianggap tidak relevan dan oleh itu tidak perlu dipertimbangkan dalam penghasilan tulisan? Atau mungkinkah fahaman dan teori Barat ini dimanfaatkan dengan menjadikan Islam sebagai rujukan asas dalam menentukan kesesuaiannya? Bagaimana ini dapat dilaksanakan cuba ditangani dalam buku ini, dengan menjelaskan seberapa terang yang mungkin kedudukan kedua-dua tradisi itu dan sejauh mana kedua-duanya boleh bertemu dalam bidang-bidang dan aspek-aspek tertentu. Buku ini mengajak pembaca memikirkan dengan mendalam persoalan ini, terutama sekali dalam kalangan ahli akademik, pengkritik sastera dan para sasterawan.
Buku ini menjelaskan perihal gagasan Persuratan Baru sebagai satu alternatif berbeza dalam kritikan sastera dan penulisan karya kerana kedua-duanya berpaksikan konsep ilmu yang benar. Gagasan ini telah diilhamkan oleh Tuan Haji Mohd. Affandi Hassan, seorang pesara Perkhidmatan Pegawai Tadbir & Diplomatik. Beliau merupakan pengarang buku "Pendidikan Estetika Daripada Pendekatan Tauhid" (DBP, 1992). Persuratan Baru menyatakan bahawa keupayaan menerapkan wacana dalam membina karya, diiringi penggunaan unsur cerita yang terkawal, akan menentukan kualiti karya sebagai sebuah hasil seni yang indah dan bermakna. Bahagian I menghuraikan beberapa prinsip utama gagasan tersebut, misalnya peranan "taklif dalam penulisan kreatif dan keindahan bahasa berasaskan konsep "ihsan". Bahagian II berupa penerapan Persuratan Baru dalam menganalisis dan menilai beberapa buah novel terpilih, dengan memberi tumpuan kepada konsep "ruang naratif" dan penggunaannya serta penerapan wacana dalam karya kreatif.
Salam.
ReplyDeleteSaya sedang membacanya.
:-)
W'salam
ReplyDeleteSelamat membaca Saudara Zaid. Moga selepas membaca buku-buku tersebut, hasil karya saudara semakin hebat. :)
rajin ko membaca yer..huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum Ustaz Shahrizal yang dihormati,
ReplyDeleteAlhamdulillah ana sudah menghadam Pendidikan Estetika Daripada Pendekatan Tauhid dan insya-Allah mahu juga mendapat naskhah-naskhah di atas termasuk Sastera Islam Citra Nurani Ummah (http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/f661-0.html).
Ana jangka ustaz sudah ada semua koleksi ini dan ana cemburu! ;)
Edy,
ReplyDeleteSelagi hidup, selagi itu perlu belajar dan bergelar pelajar. Justeru, perlu membaca dan mengulangkaji. :)
Ustaz Zahiruddin,
ReplyDeleteAlhamdulillah, saya telah memiliki buku-buku tersebut. Saya beli secara berperingkat. Nak beli sekali gus, tak mampu rasanya. :)
Assalamualaikum Ustaz Shahrizal, di sini saya mohon jasa baik ustaz sebagai sarjana dan pengkritik sastera agar membuat kritikan ke atas cerpen saya yang tersiar dalam Tunas Cipta, Februari 2011.
ReplyDeleteIanya adalah versi asal kerana versi yang sudah diedit banyak yang dibuang oleh editor.
Saya menantikannya ;)...
Nota: Namun, andai ustaz sibuk dengan urusan yang lebih penting, mohon diabaikan sahaja permintaan saya itu.
W'alaikumussalam Ustaz Zahiruddin,
ReplyDeleteKalau dapat Ustaz kirimkan kepada saya cerpen tersebut melalui e-mail atau pos, amat saya alu-alukan.
E-mail saya:
shahrizal_nasir@yahoo.com.my; mohdshahrizal@unisza.edu.my
Moga sama-sama mendapat manfaat. Wassalam.
Ustaz Shahrizal, insya-Allah cerpen ini dimuatkan dalam buku terbaru ana dengan Galeri Ilmu bertajuk Bukan Susah Nak Faham sebagai bacaan bonus, insya-Allah akan dilucurkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 nanti, ana akan poskan kepada ustaz senaskhah insya-Allah.
ReplyDeleteAtau ustaz ada perancangan mahu kunjung ke sini nanti?
Ustaz Zahiruddin,
ReplyDeleteMashaAllah! Akan ada buku terbaru ya? Tahniah! Saya tak pasti sempat untuk ke sana atau tidak. Kalau Ustaz boleh pos, lagi baik rasanya. Selamat menulis, tapi disyorkan untuk Ustaz sentiasa mengutamakan "ilmu" dalam karya Ustaz itu. Biar masyarakat dapat sesuatu yang berfaedah. Allah al-Musta'an.
Ustaz Shahrizal, mohon panjangkan alamat enta ke kotak mesej FB ana ya... insya-Allah mahu hantar senakhah buku Bukan Susah Nak Faham. Boleh rujuk di sini http://kalamkhalifah.com/2011/06/bukan-susah-nak-faham-ulasan-cinta-ilahi-dot-com/
ReplyDelete