Friday, March 25, 2011
Usah diundang kemurkaan Yang Maha Esa...
Apabila kemurkaan-Nya datang tanpa diduga,
Itulah yang harus kita terima,
Dahulunya kita alpa, kita lupa,
Kita hanya fikir yang terbaik buat kita,
Walaupun...
Kadang-kala ianya menyalahi ketetapan Pencipta,
Kita fikir, kitalah yang berkuasa,
Kita punya harta dan kuasa,
Kita boleh buat apa sahaja,
Kita ingkar dan buat-buat lupa,
Rupanya, kita mengundang kemurkaan-Nya,
Tanpa dirancang, tanpa diduga,
Beringatlah sebelum terlupa,
Berhati-hatilah dalam setiap tindakan dan kata-kata,
Semuanya itu ada nilaiannya,
Di sisi Yang Maha Esa,
Moga apa yang disaksikan oleh mata,
Apa yang terjadi...jadi pedoman buat yang alpa,
Pedoman buat kita semua,
Kepada Allah jualah kita serahkan segalanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment