Oleh: Mohd Shahrizal Nasir
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Setiap
kejadian di atas muka bumi ini merupakan makhluk ciptaan Allah SWT. Gunung,
lautan, pokok, haiwan, serangga, tanah, pasir dan banyak lagi makhluk Allah SWT
di atas muka bumi ini merupakan antara tanda-tanda kekuasaan dan keesaan Allah
SWT.
Begitu juga dengan penciptaan manusia di atas muka bumi ini. Penciptaan manusia yang amat istimewa dengan anugerah akal fikiran membezakan darjat mereka dengan makhluk-makhluk Allah SWT yang lain.

Hakikatnya,
penciptaan makhluk lain di atas muka bumi ini adalah untuk tujuan faedah buat
manusia. Hal ini menunjukkan secara jelas keistimewaan manusia yang memperoleh
nikmat yang amat besar daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya, memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.” (Surah Ibrahim, ayat 32-33).
Kesemua nikmat ini telah menutup segenap ruang dan peluang bagi manusia untuk menafikan kebesaran dan kasih sayang Allah SWT terhadap manusia. Dalam masa yang sama, kesemua nikmat ini menjadi sebab kukuh perlunya setiap manusia mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah SWT.
Namun, sikap sesetengah manusia yang rakus, telah menyebabkan mereka alpa tentang perlunya mengurus makhluk ciptaan Allah SWT di atas bumi ini. Di sesetengah tempat, penerokaan hasil alam tidak dilakukan dengan terancang, malah ada yang sanggup mengaut setiap anugerah Allah SWT ini secara terlarang.
Kerja-kerja pembalakan yang tidak terancang, pengambilan hasil laut yang tidak mengikut tatacara yang betul, penarahan tanah tinggi berlaku sewenangnya, lambakan sampah sarap dalam sungai dan banyak lagi merupakan antara tindakan yang mengundang kemusnahan kepada kehidupan manusia sendiri. Allah SWT menjelaskan hal ini di dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya.” (Surah al-A‘raf, ayat 56).
Sikap segelintir manusia yang tidak mentaati perintah Allah SWT ini menyebabkan makhluk di bumi ditimpa bala yang tidak disangka seperti berlakunya kejadian tanah runtuh, banjir kilat, kemarau berpanjangan, pencemaran udara dan kemusnahan ekosistem alam. Perbuatan ini adalah ditegah dalam Islam.
Malah Allah SWT telah memberi amaran bahawa segala kerosakan yang berlaku di atas muka bumi adalah disebabkan perbuatan segelintir hamba-Nya yang ingkar terhadap perintah-Nya. Firman Allah bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan yang dilakukan oleh tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan (buruk) mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Surah al-Rum, ayat 41).
Sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran yang boleh menentukan baik buruk sesuatu perkara, manusia seharusnya mengawal diri daripada terus mengeksploitasi sumber alam secara berlebihan dan tidak bertanggungjawab.

Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam memelihara keindahan
alam semula jadi agar generasi akan datang akan terus mendapat nikmat yang
tidak ternilai ini.
Mulakan usaha murni memelihara alam sekitar dari dalam rumah kita sendiri. Pastikan kita tidak sewenangnya membuang sampah merata tempat, tidak melakukan pembakaran secara terbuka, tidak melakukan pembaziran air dan elektrik di dalam rumah dan sebagainya.
Generasi muda juga harus sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya memelihara alam sekitar dan menyemai rasa tanggungjawab menjaga alam sekitar dalam diri mereka.
Memelihara alam sekitar daripada sebarang kerosakan daripada manusia yang bersifat rakus merupakan tanggungjawab setiap muslim. Sebagai khalifah di atas muka bumi ini, kita perlu memainkan peranan bagi memastikan setiap makhluk Allah SWT di atas dunia ini diurus dan ditadbir sebaiknya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya dunia ini cantik, subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

No comments:
Post a Comment