Wednesday, May 6, 2009

Islam Itu Tinggi, Tiada Agama Yang Lebih Tinggi Daripadanya

Selepas membaca coretan sahabat saya dari bumi Anbiya', tergerak dihati untuk menulis sedikit coretan dalam blog yang umpama bayi yang baru lahir ini. Bila melihat situasi negara masa kini, terdapat banyak persoalan yang bermain di kotak minda saya, terutama berkaitan ISLAM di Malaysia.

ISLAM sebagai satu agama rasmi di Malaysia, berdepan dengan pelbagai cabaran yang kekadang dicetuskan oleh umatnya sendiri. Sebenarnya, setiap orang ISLAM mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kesucian agama yang memang tinggi martabatnya di sisi ALLAH rabbul jalil. Tanpa pemahaman yang tepat dan semangat mempertahankan agama yang kuat, mana mungkin kita mampu untuk mempertahankan kesucian ISLAM daripada dinodai bukan sahaja oleh mereka yang memusuhi ISLAM, malah oleh mereka yang mengakui ISLAM sebagai agamanya.

Hakikatnya, semua ini berbalik kepada tahap keimanan kita terhadap ALLAH dan Rasul-Nya, berpegang teguh pada ajaran yang termaktub dalam al-Qur'an & al-Hadith akan menjadikan kita terus berada dalam landasan yang betul dan selamat.

Inilah yang sepatutnya menjadi keutamaan bagi setiap manusia yang bergelar Mu'min sejati. Pelbagai cara dan metod boleh digunakan untuk mempertahankan ISLAM, asalkan ia tidak menyalahi apa yang telah digariskan oleh-Nya.

Sama-samalah kita berdoa agar ISLAM terus tinggi di Malaysia. Bantulah mereka yang bertanggungjawab secara formal dalam menyusun strategi dan perancangan untuk terus melihat ISLAM kukuh dan tinggi di bumi yang tercinta ini. Bukanlah "bantuan" yang dimaksudkan itu berupa pujian yang melambung atau celaan yang melampau, tapi bantuan yang hanya bagi mereka yang mempunyai rasa ikhlas dan tanggungjawab dalam hal ini sahaja yang mengetahuinya.

Ucapan tahniah di atas pelantikan YB Senator Mej. Jen. (B) Datuk Jamil Khir Baharum sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama Islam. Semoga beliau terus diberi petunjuk oleh ALLAH dalam menyelesaikan segala permasalahan yang timbul berkaitan agama ISLAM....Allahu al-Musta'an.

2 comments:

  1. Assalamualaikum w.r.b.

    Hebatlah Dr Rizal ni. Tapi Dr., kita ni jangan sangat puji mereka nanti bahayakan diri sendiri.

    Hehehe...saje je celoteh..

    ReplyDelete
  2. W'salam.
    Pucuk pangkal berbalik pada diri sendiri. Tepuk dada, tanya iman..hehehe

    ReplyDelete